5 Pilihan Kerjaya untuk Mereka yang Berkelulusan Pendidikan
- Date:
- Author: UNITAR International
Ramai berpendapat bahawa pendidikan melampaui pengajaran. Ini adalah bidang yang boleh membantu setiap pelajar mencapai matlamat kerjaya mereka. Apa yang boleh anda lakukan dengan ijazah pendidikan? Dengan ijazah sarjana muda pendidikan, anda akan lebih bersedia untuk melangkah ke dunia pendidikan seperti guru, pentadbir, pengetua atau kerjaya lain yang berkaitan. Terdapat banyak peluang pekerjaan lepasan ijazah yang tersedia untuk memenuhi permintaan sekolah awam dan swasta, dari prasekolah hingga sekolah menengah dan university.
Â
Berikut ada beberapa peluang pekerjaan untuk lepasan ijazah selepas tamat pengajian.
Â
Salah satu pilihan kerjaya adalah mengajar di peringkat pengajian tinggi. Biasanya, kelulusan ijazah sarjana atau PhD diperlukan untuk menjadi pensyarah universiti. Pensyarah universiti memainkan peranan dalam menyampaikan kemahiran teori dan praktikal, memantau kemajuan akademik dan mengawasi peperiksaan.
Â
Menjadi pensyarah bukan hanya mempamerkan keupayaan teknikal. Malah, ,mereka juga harus mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat untuk membina hubungan dengan pelajar.
Â
Selain itu, pensyarah universiti merupakan penyelidik yang bagus. Mereka memainkan peranan penting dalam menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan kertas ilmiah yang mampu memberi impak kepada masyarakat.
Â
Sesiapa yang mempunyai ijazah Pendidikan boleh mengajar di sekolah atau university. Namun, tahukah anda boleh menjadi guru peribadi bebas? Setiap pelajar mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, dan kebiasaannya ibu bapa dan institusi pengajian akan melibatkan guru peribadi untuk memberi perhatian yang khusus dan fokus kepada pelajar.
Â
Selain daripada mengajar secara peribadi, guru ini juga mahir dalam mengenali cabaran pembelajaran pelajar dari segi subjek akademik dan gaya pembelajaran mereka sambil membuat rancangan pelajaran inovatif untuk mengatasinya. Guru peribadi ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan kertas ujian dan membantu dalam kerja sekolah.
Â
Menjadi guru sekolah untuk kanak-kanak atau remaja adalah antara kerja pendidikan yang pasti membuat anda sentiasa muda dan aktif. Selain dari itu, guru sekolah peringkat tadika, rendah dan menengah perlu pandai mengurus kelas serta cekap dalam kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, penyesuaian diri, empati dan kesabaran.
Â
Terdapat juga keperluan untuk guru sekolah membina hubungan dengan ibu bapa kerana mereka juga merupakan penyumbang kepada kejayaan akademik anak mereka.
Â
Tugas pentadbir pendidikan adalah untuk memastikan institusi pendidikan berjalan dengan lancar. Di sekolah, tugas ini biasanya dijalankan oleh pengetua atau penolong pengetua. Bagi sekolah swasta dan pusat pembelajaran, pentadbir biasanya adalah pengarah program atau guru besar.
Â
Individu-individu ini menguruskan aktiviti harian di pusat jagaan kanak-kanak, sekolah atau universiti serta memberikan kepimpinan kepada guru dan penolong guru. Pekerjaan bidang pendidikan seperti ini lebih sesuai untuk yang berpengalaman yang ingin mengambil peranan pengurusan, menjadikan mereka bertanggungjawab terhadap pertubuhan pendidikan mereka sendiri atau orang lain.
Â
Pemaju kurikulum pendidikan akan menilai kurikulum sekolah untuk melihat sama ada mereka perlu mencipta yang baru atau memperbaiki yang sedia ada. Mereka menentukan dan mengkaji semula bahan kursus, buku teks dan tugasan pelajar untuk membuat pelarasan dan penambahbaikan.
Â
Pekerjaan bidang pendidikan seperti pemaju kurikulum perlu terlebih dahulu mempunyai lesen dan pensijilan pengajaran supaya ianya memudahkan dan membantu apabila mereka melontarkan idea mereka sendiri mengenai pembangunan kurikulum, penulisan kurikulum dan teori kurikulum.
Â
Setelah menceburi kerjaya ini, anda mungkin telah mendengar mengenai program pascasiswazah yang khusus dalam bidang pembangunan kurikulum dan pengajaran. Walau bagaimanapun, beberapa program ini mungkin memerlukan calon memegang ijazah sarjana muda terlebih dahulu dalam bidang yang berkaitan, seperti pendidikan awal kanak-kanak.
Â
Setelah anda mendapat tahu tentang keistimewaan ijazah pendidikan, anda juga akan tahu bahawa peluang kerjaya dalam bidang pendidikan lebih luas daripada skop pengajaran kelas yang tetap. UNITAR adalah antara universiti yang menawarkan ijazah sarjana muda pendidikan. Untuk keterangan lanjut, jom semak atau layari tentang Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) di UNITAR untuk bantu anda memulakan kerjaya pendidikan hari ini.
Our education counsellors are ready to help you!
Complete the form below;
it takes less than a minute.
WhatsApp us