U 317 scaled

5 Sebab Melanjutkan Pengajian Selepas SPM

Dalam persimpangan hidup pasca sekolah menengah, anda sudah tentu akan menghadapi dua pilihan: memohon bekerja atau melanjutkan pelajaran. Ada juga yang mungkin akan mengambil masa selama setahun untuk mencari hala tuju selepas spm.

 

Jika anda membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran, tahniah! Ternyata memang banyak kebaikan sambung belajar yang dapat membantu anda apabila anda ingin memohon pekerjaan pada masa hadapan.

 

 

Mengapakah anda perlu sambung belajar selepas SPM? Mari sambung baca dan mengenali kebaikan-kebaikan sambung belajar yang signifikan:

 

1.Mendapat Pekerjaan Dengan Mudah dalam Pasaran Kerja yang Berdaya Saing

Setelah anda memilih untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM, anda boleh yakin bahawa majikan akan lebih cenderung untuk menerima anda. Hal ini disebabkan anda memiliki kelayakan pada peringkat pengajian selepas SPM dan aspek ini sangat penting, terutamanya bagi industri berasaskan pengetahuan seperti bidang programming dan    akademik. Sebagai contoh, untuk menjadi kaunselor bertauliah, anda harus memiliki asas yang kukuh dalam memahami jiwa manusia serta teknik-teknik kaunseling yang berbeza melalui program Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling (Kepujian).

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pekerjaan yang tidak memerlukan ijazah universiti dan sekadar pensijilan khusus sudah mencukupi. Sebagai contoh, anda boleh menceburi kerjaya sebagai jurulatih kecergasan, ejen hartanah, perancang acara ataupun pramugari [1]. Jikalau kerjaya-kerjaya ini tidak sesuai bagi anda dalam jangka masa panjang, anda mungkin perlu mendaftar dalam program ijazah bagi pertukaran kerjaya.

 

2.Mengisi Jurang Pengetahuan bagi Orang Dewasa yang Bekerja

Bagi orang dewasa yang bekerja,, salah satu tujuan sambung belajar adalah untuk mengembangkan kemahiran diri. Walaupun ada juga individu-individu yang terus memasuki alam pekerjaan selepas sekolah menengah, mereka juga masih boleh  . Dengan penilaian Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL), pekerja dewasa mempunyai peluang untuk meluaskan asas pengetahuan serta meningkatkan  dan memaparkan kebolehan menyelesaikan masalah, tahap produktiviti yang lebih tinggi dan prestasi yang baik secara holistik.

 

3.Meningkatkan Kemahiran Insaniah Anda

Melanjutkan pelajaran di menara gading bermaksud anda akan belajar pelbagai cara pengurusan atau teknik persembahan yang mantap. Anda akan belajar kemahiran insaniah yang boleh diaplikasikan di mana saya anda bekerja.

 

Kemahiran insaniah sebegini melibatkan komunikasi yang baik, semangat kerjasama, pandai berunding, fikiran yang kritis dan kebolehan menyelesaikan masalah. Setiap satu kemahiran yang disenaraikan ini dapat bertambah nilai dalam kerjaya anda dalam apa jua industri anda yang anda ingin menceburi pada masa hadapan 

 

4.Meluaskan Rangkaian Sosial Anda

Antara perkara yang bermakna yang anda boleh buat selepas SPM adalah membina perhubungan yang akan membantu anda dalam kerjaya anda pada masa hadapan. Di universiti, anda boleh berhubung dengan rakan universiti dan pensyarah di kampus yang juga boleh memberi sokongan dan nasihat kerjaya yang padu. Hal ini terbukti bagi pelajar  dewasa yang bekerja, di mana mereka boleh bertemu pelajar lain dari industri lain dalam persekitaran bilik darjah.

 

5.Meningkatkan Keyakinan Anda Untuk Berjaya

Kita tidak boleh menafikan bahawa pemegang ijazah akan membentuk impresi yang mengagumkan kepada orang di sekeliling kita, terutamanya majikan dan perekrut pekerjaan. Menjadi seorang pemegang ijazah sememangnya akan meningkatkan keyakinan kita dalam merancang halatuju kerjaya kita sambil memohon pekerjaan dalam industri yang kita inginkan.

 

Mengapakah anda ingin sambung belajar? Sebab-sebabnya adalah jelas. UNITAR  merupakan institusi yang mengutarakan apa yang terbaik bagi lepasan SPM dan profesional yang bekerja dengan menawarkan kaunseling kerjaya, sokongan kampus, mod pengajian yang berbagai-bagai dan banyak lagi, supaya setiap lapisan masyarakat berpeluang untuk memperoleh ijazah. Anda boleh berbincang dengan kaunselor akademik hari ini untuk mendapat maklumat lanjut.

 

Sumber:

1.https://ringgitplus.com/en/blog/career/7-real-jobs-you-can-do-professionally-without-a-degree.html

 

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Refresh_font_awesome

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.