ALUMNI
Mengenai Alumni
Alumni UNITAR dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Antarabangsa UNITAR.

Matlamat kami adalah untuk membina lapisan alumni dan alumni kehormat baharu yang proaktif serta golongan "pra-alumni" (pelajar UNITAR semasa) sebagai rakan, penyokong dan penyumbang kepada Universiti Antarabangsa UNITAR.

Untuk memenuhi matlamat ini, kami merancang melibatkan alumni dalam pelbagai program yang termasuk:
  • Aktiviti "reunion" seperti acara sosial, budaya dan rekreasi
  • Buletin alumni dan siri ceramah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Komunikasi Harian aktiviti pengrekruitan, seminar dan bengkel
  • Peluang rangkaian untuk pelajar dan alumni bersuai kenal dan berinteraksi agar mereka dapat membina perhubungan diantara satu sama lain dan juga bersama "alma mater" mereka
  • Tawaran diskaun alumni dan diskaun rakan kongsi industri
Kami berhasrat untuk berusaha melibatkan semua alumni UNITAR dalam hubungan yang saling menguntungkan, sepanjang hayat antara satu sama lain dan untuk menggalakkan alumni kami untuk memberi sokongan dan bimbingan untuk memajukan reputasi UNITAR untuk generasi akan datang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di onestopcentre@unitar.my
Skim Diskaun Alumni (ADS)
Petikan
Dasar atau polisi ini boleh dinamakan Dasar Skim Diskaun Alumni Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) dan berkuatkuasa pada 1 Mei 2016 sehingga notis selanjutnya
Tujuan
Tujuan Dasar Skim Diskaun Alumni ini adalah untuk menentukan prinsip panduan dalam memberikan faedah dalam bentuk diskaun kewangan kepada Alumni yang sebelum ini mendaftar dalam program akademik UNITAR.
Alumni
Untuk tujuan Dasar Skim Diskaun Alumni ini, Alumni merujuk kepada:
  1. Graduan UNITAR jurusan Asas (Foundation), Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D.
  2. Graduan dari Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) jurusan Asas (Foundation), Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D. yang mendaftar di Kampus PINTAR Kelana Jaya, UNITAR Petaling Jaya dan Pusat Wilayah;
  3. Bekas kakitangan UNITAR Capital Sdn. Bhd.
Skim Diskaun
Tertakluk kepada terma dan syarat yang disediakan dalam Polisi Skim Diskaun Alumni ini, Alumni pada dasarnya berhak mendapat faedah kewangan berikut:

ENTITLMENT
KENYATAAN
1. ALUMNI
  • Pengecualian Yuran Pendaftaran RM220; DAN
  • Diskaun 10% ke atas Yuran Kursus;

Program Asas (Foundation) UNITAR sahaja:

  • Diskaun tambahan 5% tambahan untuk Yuran Kursus jika CGPA adalah diantara 3.50 hingga 3.74; ATAU
  • Diskaun tambahan 10% untuk Yuran Kursus jika CGPA di atas 3.75.

Untuk golongan:

  • Bekas pelajar UNITAR dan UNIRAZAK
  • Bekas pekerja UNITAR dan UNIRAZAK
  • Mesti mengekalkan IPK (GPA) setiap semester:
    • Diploma dan Sarjana Muda > 2.0
    • Sarjana dan PhD > 3.0
2. ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
  • Diskaun 10% ke atas Yuran Kursus

Untuk golongan:

  • Anggota tentera dan bekas anggota tentera, pasangan dan anak-anak
3. LOYALTY - PASANGAN/ ANAK-ANAK
  • Pengecualian Yuran Pendaftaran sebanyak RM220; DAN
  • Diskaun 10% ke atas Yuran Kursus

AUntuk golongan:

  • Pasangan dan anak-anak bekas pelajar UNITAR dan UNIRAZAK;
  • Pasangan dan anak-anak bekas pekerja UNITAR dan UNIRAZAK
4. LOYALTY - ADIK BERADIK
  • Pengecualian Yuran Pendaftaran sebanyak RM220; DAN
  • Diskaun 10% ke atas Yuran Kursus

Untuk golongan:

  • Adik-beradik bekas pelajar UNITAR dan UNIRAZAK;
  • Adik-beradik pekerja semasa UNITAR

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat (sila rujuk kepada Dasar Skim Bantuan Kewangan UNITAR)
Borang
Untuk memohon diskaun, sila isi dan hantar borang tersebut ke Pusat Sehenti, Aras 3.
*Hanya untuk alumni UNIRAZAK

Testimoni Alumni

FARDZREN AZIZUDDIN
Diploma Seni Kuliner / Graduan Tahun 2009 / Majikan semasa: Hotel Shangri-la, Singapura

Saya ingin berkongsi pengalaman dan kejayaan saya, yang telah saya capai dalam kehidupan sebagai lulusan Diploma Seni Kuliner kumpulan UNITAR tahun 2007-2009. Saya memulakan semester pertama di UNITAR Petaling Jaya (ITTAR) dan telah lulus di UNITAR Kelana Jaya. Saya amat bersyukur atas apa yang saya pelajari di UNITAR dan juga atas apa yang telah saya kecapi hari ini. Selepas menamatkan pengajian, saya bekerja di beberapa hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia, seperti Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Westin Langkawi Resort & Spa dan Hilton Kuala Lumpur.

Saya juga turut mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan memasak dan telah berjaya memenangi Pingat Perak dalam kategori "Memasak Daging FHM" Pingat Emas dalam kategori "Masakan Melayu FHM". Saya juga merupakan seorang daripada pserta yang berjaya ke peringkat Separuh Akhir semasa "Cabaran Black Box" of Penang's Chapter Pulau Pinang dan antara 5 peserta terpilih mewakili Malaysia di Chaine des Rotisseurs, Istanbul pada tahun 2010. Alhamdulillah saya diberkati dengan tawaran pekerjaan di Doha, Qatar. Di sana saya telah memenangi Pingat Gangsa dalam "Pertunjukan Terrine and Patte" semasa Diyafa Salon Culinaire Negara Timur Tengah 2012.

Kini saya telah kembali ke Asia di mana saya telah menerima tawaran sebagai Sous Chef Masakan Melayu dari salah satu rangakain hotel Shangri-La yang pertama kali dibuka pada tahun 1971, iaitu Hotel Shangri-La Singapura. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberikan sokongan mereka dan sudah tentu juga kepada semua pensyarah di UNITAR, serta kawan-kawan saya. Tanpa pendidikan dan dorongan daripada anda semua, saya tidak akan berada di sini, mengecapi kejayaan saya hari ini.

KALPANA A/P KOKULANATHAN
Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)/ Graduan Tahun 2008/ Pekerjaan Semasa: Sekolah Antarabangsa Sayfol

Sebahagian daripada pendidikan di universiti adalah persediaan latihan untuk kerjaya masa depan melalui pelbagai mata pelajaran dan ujian yang semuanya membawa kepada ijazah, dan sekaligus membawa kepada peluang kerjaya dan pendapatan yang lebih tinggi. UNITAR telah melampaui kesemua ini. UNITAR mengajar saya bahawa pendidikan universiti lebih daripada menghafal buku dan fakta. Ia lebih daripada sijil berbingkai di dinding yang boleh digunakan untuk menarik perhatian majikan masa depan. Sistem pendidikan UNITAR direka untuk bertahan dan bolehpakai seumur hidup, bukan hanya melalui kerjaya.

Pensyarah-pensyarah UNITAR telah Berjaya membentuk saya menjadi guru yang efektif. Selain daripada ibu bapa dan sahabat saya, pensyarah UNITAR telah memainkan peranan penting dalam membantu saya mencapai ijazah kelas 1. Saya amat berterima kasih kepada semua pensyarah yang mengajar saya seni dan sains pengajaran. Pada masa ini, saya adalah seorang guru Matematik di Sekolah Antarabangsa Sayfol. Saya cuba menyampaikan segala pengetahuan dan kemahiran yang saya perolehi di UNITAR, menerusi pengajaran saya seharian. Saya bangga menjadi bekas pelajar UNITAR.

MD FAIZUL ANUAR
Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)/ Kelas tahun 2009/ Majikan semasa: Perbadanan Pembangunan Multimedia

Saya mempunyai sejarah yang panjang dengan UNITAR. Saya telah memulakan karier pertama saya di Universiti ini dan beberapa tahun kemudian UNITAR menawarkan saya biasiswa penuh untuk saya menyambung pengajian mencapai ijazah Sarjana Muda secara separuh masa. Semestinya, saya tidak berfikir dua kali dan terus meraih peluang tersebut.

Unsur yang unik mengenai UNITAR adalah mod pengajian hibrid di mana orang dewasa yang bekerja, yang tidak dapat berkesempatan meluangkan masa bekerja untuk menghadiri kelas pada hari kerja biasa, masih boleh memilih untuk menghadiri kelas pada hujung minggu.

Sebagai pelajar separuh masa sebenarnya tidak berbeza dengan pembelajaran sepenuh masa. Kandungan, kualiti dan kurikulum kursus yang diajar oleh pensyarah adalah sama. Malah, kehadiran pelajar dewasa yang bekerja di pelbagai industri sebagai rakan sekelas telah membuka peluang untuk berfikiran kritis, perbincangan dan perkongsian pengetahuan, yang kesemuanya menjadikan kelas lebih interaktif dan menarik.

Pensyarah di UNITAR tiada tandingan. Mereka amat berdedikasi, dan sentiasa cuba menyampaikan lebih dari yang disangka. Semangat mereka benar-benar menyerlah melalui kaedah pengajaran kreatif, dibantu pula dengan kemudahan terkini di Universiti. Kecekapan kakitangan sokongan, dari mereka yang di barisan hadapan hingga kepada merela yang bekerja disebalik tabir adalah sesuatu yang dapat dibanggakan oleh Universiti.

Ucapan terima kasih saya sebenarnya tidak mencukupi kerana UNITAR telah menjadikan saya seadanya sekarang ini. Pembelajaran tidak akan berhenti dan ianya merupakan proses sepanjang hayat. Sekiranya anda mahukan persekitaran yang menyokong pembelajaran pada masa dan kadar anda sendiri, UNITAR pastinya adalah pilihan yang tepat.