BANTUAN PELAJAR ISTIMEWA

BANTUAN PELAJAR ISTIMEWA
Sokongan Moral dan Bantuan untuk Pelajar Istimewa
UNIT Kaunseling UNITAR telah menyediakan sokongan moral dan bantuan terutamanya untuk pelajar istimewa. Bantuan ini bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar ini menjalani kehidupan dengan lancar sebagai pelajar di kampus, terutamanya dari segi akademik. Sokongan dan bimbingan akan diberikan untuk pelajar istimewa yang mempunyai kelainan dari segi fizikal dan mental seperti berikut:
Masalah Pembelajaran
Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran disebabkan kekurangan dari segi keupayaan mental dan gangguan kognitif.
Ketidakupayaan Fizikal
Pelajar yang mempunyai kesukaran untuk bergerak.
Masalah Kesihatan Mental
Pelajar yang didiagnos dengan kemurungan atau gangguan emosi seperti kecelaruan mood.
Berbakat luar biasa
Pelajar yang mempunyai kebolehan dari segi intelektual atau psikomotor yang luar biasa. Contoh, matematik, muzik, bahasa, lukisan, tarian dan sukan.
Ketidakupayaan Sensori
Pelajar yang mempunyai masalah penglihatan, gangguan pendengaran dan mempunyai masalah pertuturan.
Penyakit Perubatan
Pelajar yang menghidap sebarang penyakit dan mengambil ubat-ubatan tertentu yang menghalang kehidupan mereka sebagai seorang pelajar.
Hubungi Kami
Kaunsellor kami boleh dihubungi dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang.
Unit Kaunseling UNITAR
Student Experience Department, Ground Floor
Tel: 03-7627 7200 (Ext: 7233, 7367)
Emel: stad@unitar.my