KALKULATOR
PTPTN & YURAN

Gaya Hidup di UNITAR Kelab Persatuan

KELAB & PERSATUAN
Semua Kelab dan Persatuan di UNITAR dikendalikan oleh para pelajar. Anda boleh menyertai pelbagai kelab dan persatuan yang menarik minat anda:
Majlis Perwakilan Pelajar (SRC)
Majlis Perwakilan Pelajar (Student Representative Council atau SRC) adalah badan perwakilan pelajar yang utama di Universiti, dan mewakili seluruh warga pelajar. Ia memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelajar dengan pentadbiran Universiti. Wakil SRC dipilih setiap tahun melalui Pilihan Raya Umum yang diadakan oleh UNITAR.

Anda boleh menghubungi Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) di src@student.unitar.my
Persatuan Pelajar Antarabangsa UNITAR (UISS)
UISS adalah forum untuk pelajar antarabangsa mengenali pelajar lain serta ruang untuk mana-mana pelajar yang berminat bergabung dan menyokong keperluan pelajar antarabangsa di UNITAR. Persatuan ini menganjurkan berbagai aktiviti seperti sambutan Hari Raya dan Krismas untuk memupuk persefahaman dan pengamatan silang budaya di kalangan pelajar.
Kerja Kebajikan & Komuniti
Persatuan Pelajar Borneo (BSS)
BSS dibuka kepada semua pelajar dari Borneo (Sabah dan Sarawak) dan juga dari pulaupulau di Malaysia Timur. BSS adalah sebuah persatuan yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti dan mengambil bahagian aktiviti di dalam mahupun di luar Universiti.

Persatuan Kebudayaan & Agama
  • UNITAR Muslim Society (UMS)
    UMS menyatukan pelajar Islam melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan ajaran Islam. Ia juga merupakan platform di mana para ahli boleh berusaha memperbaiki pemahaman mereka tentang Islam.
  • UNITAR Indian Society (UIS)
    UIS membawa pelajar India bersama-sama mempromosikan persahabatan melalui aktiviti-aktiviti berkaitan budaya dan warisan India.
  • Persatuan Cina UNITAR (UCS)
    UCS menyatukan pelajar Cina dan mempromosikan persahabatan bersama melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan budaya dan warisan Kaum Cina.
  • Duta Budaya Tari (DBT)
    Duta Budaya Tari UNITAR adalah pasukan kebudayaan rasmi Universiti di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (STAD). Ianya bertujuan memupuk minat pelajar dalam aktiviti yang berkaitan dengan budaya dan warisan. Duta Budaya telah memperkenalkan beberapa kumpulan di mana pelajar akan belajar dan mengalami keindahan budaya Malaysia yang kaya, dengan pelbagai tradisi.
Aktiviti Rekreasi & Kreatif
Kelab Pengembaraan dan Rekreasi UNITAR (URAC)
URAC mengalu-alukan para pelajar UNITAR yang aktif dan gemar aktiviti lasak untuk menyertai kumpulan yang semakin ramai ini. URAC menawarkan kepada semua ahli terlibat dengan pelbagai acara luar, aktiviti budaya, sukan, penjelajahan dan sosial untuk disertai bersama. Misi URAC adalah untuk menyediakan pelbagai aktiviti yang penuh keseronokan dan santai dalam persekitaran tanpa tekanan, untuk memupuk interaksi sosial antara ahliahlinya. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah kembara hutan, pendakian gunung dan perjalanan rekreasi di Malaysia.
Persatuan Akademik
  1. HOST Club (HOST)
    Kelab HOST adalah satu badan dalam Universiti bermatlamat menyediakan aktiviti sosial dan pendidikan untuk pelajar UNITAR yang berminat dalam industri perhotelan dan pelancongan. Kelab ini telah menganjurkan banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya termasuk interaksi universiti dan pertukaran dengan parti luar.
  2. UFS Darevolution (UFS)
Sukan & Seni Bela Diri
Sukan
UNITAR, melalui Unit Sukan dan Rekreasi, menyediakan kemudahan yang mencukupi bagi acara sukan berikut:
  • Bolasepak
  • Futsal
  • Bola Jaring
  • Badminton
  • Kelab Ragbi
Seni Bela Diri
Kelab Taekwondo
Kelab Taekwondo menawarkan peminat seni bela diri ini suatu persekitaran yang kompetitif, aktif dan sosial. Ahli-ahli boleh berlatih dan meningkatkan tahap kecergasan mereka dalam kelas yang terdiri daripada pengkondisian dan laku-kerja, untuk penambahbaikan ilmu mempertahankan diri.