KALKULATOR
PTPTN & YURAN
WHATSAPP
SEKARANG

Gaya Hidup di UNITAR Kemudahan Penginapan

KEMUDAHAN & PENGINAPAN
  • PERPUSTAKAAN
    UNTAR mempunyai Pusat Pengurusan Pengetahuan yang luas yang terdiri daripada bahan bacaan dalam format cetak dan elektronik. Kami mempunyai lebih daripada 31,000 buku cetak yang di katalog dengan baik, untuk akses mudah. KMC melanggan pangkalan data pelbagai disiplin yang terdiri daripada jurnal elektronik, e-buku, laporan, tesis dalam talian dan pemeriksa plagiarisme seperti berikut:
    • Emerald Publishing
    • Ebscohost
    • Proquest Theses & Dissertations
    • Proquest E-Book Central
    • Lexis Nexis (Malaysian Law Database)
    • IEEE Xplore
    • Turnitin (Plagiarism Checker)

    Tempat duduk yang selesa dan zon multimedia disediakan untuk memudahkan kajian dan perbincangan kumpulan.

    WAKTU OPERASI
    Semasa Semester Minggu Peperiksaan Cuti Semester
    Isnin-Jumaat: 9.00pg - 8.00mlm
    Sabtu & Ahad : 9.00pg - 5.30ptg
    Cuti Umum : Tutup
    Isnin - Jumaat : 9.00pg - 8.00mlm
    Sabtu & Ahad : Tutup
    Cuti Umum : Tutup
    Isnin - Jumaat : 9.00pg - 5.30ptg
    Sabtu & Ahad : Tutup
    Cuti Umum : Tutup
  • One Stop Centre
    One Stop Centre UNITAR adalah konsep satu pusat yang membolehkan para pelajar mengurus hal-hal berkaitan dengan bantuan kewangan, yuran dan bil, pembayaran, pengeluaran, pendaftaran dan kemasukan dalam satu lawatan tanpa perlu dirujuk di tempat lain. Ini memudahkan pelajar. Terletak di Aras 3 bertentangan Lounge Pelajar, pasukan OSC bersedia membantu pelajar pada bila-bila masa.
  • Auditorium
    Auditorium UNITAR mempunyai kapasiti maksimum antara 300 - 350 pelajar dengan selesa. Pelajar yang ingin menganjurkan acara, persembahan teater atau apa-apa aktiviti lain yang memerlukan ruang ini boleh membuat tempahan terlebih dahulu di pmd@unitar.my
  • Lounge Pelajar
    Kawasan luas yang disediakan kemudahan WiFi adalah antara lokasi kegemaran para pelajar untuk berkumpul di antara kelas atau sebagai tempat pertemuan.
  • Surau
    Pengunjung boleh mengguna Surau awam (bilik sembahyang orang Islam) di Tahap 3 untuk melaksanakan solat. Bagi kakitangan dan pelajar UNITAR, Surau persendirian terletak di Aras 10.
  • Kafe
    Sebuah Kafe yang mesra pengguna dan menarik di mana rakan-rakan boleh berkumpul dan menikmati berbagai juadah di Aras 2.
  • Makmal Bahasa
    Makmal bahasa kami dilengkapi kemudahan dan teknologi canggih untuk membantu pelajar memperbaiki kemahiran bahasa, khususnya Bahasa Inggeris. Semua pelajar digalak menggunakan makmal ini untuk pengalaman tersendiri.
  • Makmal Komputer
    Makmal komputer kami dilengkapi dengan sistem komputer terkini untuk memudahkan objektif Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Dengan rangkaian tanpa wayar, pelajar kami dapat meneruskan pengajian mereka di kampus di dalam dan di luar dinding bilik darjah, dengan mudah.
  • Kemudahan Seni Kulinari, Hospitaliti dan Pelancongan
    Untuk memudahkan pengalaman dalam industri perhotelan, UNITAR mempunyai tiga ruang dapur - penyediaan, pastri dan kulinari. Bersama-sama dengan suite pengemasan, restoran latihan dan kafeteria pula, para pelajar mempunyai sokongan dari persekitaran di mana mereka dapat mengasah kemahiran masakan dan latihan praktikal untuk kursus ini.
  • Makmal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    UNITAR menyediakan Pusat Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak, iaitu satu pusat yang ideal untuk membantu perkembangan pesat kemahiran pelajar dalam kursus pendidikan awal kanak-kanak.
PENGINAPAN PELAJAR
Residensi UNITAR
UNITAR menawarkan dua (2) lokasi kediaman pelajar, iaitu di asrama Parklane dan asrama The Grand. Tempat penginapan dengan harga berpatutan ini terletak dalam jarak munasabah dari kampus Induk. Pasukan kami di Jabatan Pentadbiran Pengurusan Residensi yang mempunyai pengalaman yang luas bersedia membantu pelajar dari luar negara mahupun dalam negeri atau dari pelbagai budaya dalam memahami dan mengasimilasikan diri dalam kehidupan seharian pelajar.

Pilihan Penginapan

1. BILIK BIASA DI PARKLANE (Tanpa Hawa Dingin)
No. Maklumat Penerangan
1. Jenis Penginapan Dormitori/Asrama (2 - 8 orang setiap dormitori)
2. Sewa bulanan (setiap pelajar) RM160.00 - RM250.00
3. Terma dan Syarat Pembayaran: Satu (1) bulan sewa, deposit satu (1) bulan sewa, RM60.00 untuk yuran pentadbiran dan RM30.00 untuk kad akses dan deposit kunci bilik
Kontrak Penyewaan: Satu (1) semester, pembaharuan kontrak adalah tertakluk kepada ketersediaan
4. Kemudahan Katil dua tingkat, tilam, almari pakaian, ruang belajar (meja belajar dan kerusi) dan ruang dobi
2. BILIK DELUXE DI PARKLANE (Berhawa Dingin)
No. Maklumat Penerangan
1. Jenis Penginapan Dormitori/Asrama (2 - 4 orang setiap dormitori)
2. Sewa bulanan (setiap pelajar) RM300.00 - RM330.00
3. Terma dan Syarat Pembayaran: Satu (1) bulan sewa, deposit satu (1) bulan sewa, RM60.00 untuk yuran pentadbiran dan RM30.00 untuk kad akses dan deposit kunci bilik
Kontrak Penyewaan: Satu (1) semester, pembaharuan kontrak adalah tertakluk kepada ketersediaan
4. Kemudahan Katil 'single' atau katil dua tingkat, tilam, almari pakaian, ruang belajar (meja belajar dan kerusi) dan ruang dobi
3. PANGSAPURI JENIS "A" DI THE GRAND (Berhawa Dingin)
No. Maklumat Penerangan
1. Jenis Penginapan Pangsapuri (atau Apartmen) (2 - 3 orang setiap apartmen)
2. Sewa bulanan (setiap pelajar) RM300.00 - RM350.00
3. Terma dan Syarat Pembayaran: Satu (1) bulan sewa, deposit satu (1) bulan sewa, RM60.00 untuk yuran pentadbiran, RM60.00 untuk kad akses dan RM15.00 untuk deposit kunci.
Kontrak Penyewaan: Satu (1) semester, pembaharuan kontrak adalah tertakluk kepada ketersediaan
4. Kemudahan 2 Bilik tidur dan 1 Bilik Mandi, katil 'single' atau katil dua tingkat, tilam, almari pakaian, ruang belajar (meja belajar dan kerusi) dan ruang dobi
4. PANGSAPURI JENIS "B" DI THE GRAND (Berhawa Dingin)
No. Maklumat Penerangan
1. Jenis Penginapan Pangsapuri (atau Apartmen) (3 - 4 orang setiap apartmen)
2. Sewa bulanan (setiap pelajar) RM300.00
3. Terma dan Syarat Pembayaran: Satu (1) bulan sewa, deposit satu (1) bulan sewa, RM60.00 untuk yuran pentadbiran, RM60.00 untuk kad akses dan RM15.00 untuk deposit kunci.
Kontrak Penyewaan: Satu (1) semester, pembaharuan kontrak adalah tertakluk kepada ketersediaan
4. Kemudahan 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi, katil 'single' atau katil dua tingkat, tilam, almari pakaian, ruang belajar (meja belajar dan kerusi) dan ruang dobi.
5. PERUMAHAN SEWA (untuk Residensi Bukan-UNITAR)
Bagi pelajar yang memilih untuk tinggal di luar kampus, sila hubungi Pentabdbiran Pengurusan Residensi UNITAR untuk senarai ejen yang boleh membantu dalam mencari kediaman yang sesuai untuk anda.
Keselamatan
Pelajar UNITAR akan mempunyai persekitaran yang selamat untuk didiami untuk mereka lebih fokus terhadap pelajaran mereka. Pengawal keselamatan beroperasi 24-jam dan kamera CCTV terletak di setiap tingkat di dalam bangunan UNITAR. Pintu masuk utama didayakan teknologi dan para pelajar dan kakitangan diberikan kad akses.
Kemudahan Sekitar
Semua residensi UNITAR terletak berdekatan pusat membeli-belah, pusat perubatan dan pejabat pos. Pelajar mempunyai akses mudah ke aktiviti rekreasi seperti menonton filem di Golden Screen Cinema (GSC), membeli-belah di kedai-kedai runcit atau membeli barangan runcit di pasar raya besar seperti Tesco, Paradigm Mall dan Giant.

Pejabat Pentadbiran dan Pengurusan Residensi UNITAR kami, boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk keperluan kediaman anda.
PERTANYAAN
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:

PENTADBIRAN RESIDENSI DAN PENGURUSAN
PENTADBIRAN RESIDENSI DAN PENGURUSAN
Aras bawah, Blok G2 & G3
Hub Komersial Parklane,
47301 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel:03-78864231
Emel: rmd@unitar.my
Tingkat 13, Tierra Crest
Jalan SS6/3, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-76277200
Email: arm@unitar.myy