KALKULATOR
PTPTN & YURAN
WHATSAPP
SEKARANG

Gaya Hidup di UNITAR Uniec

TERAS PENDIDIKAN UNITAR
UNIEC (UNITAR Education Core atau Teras Pendidikan UNITAR) adalah Pembelajaran Inovatif Holistik yang membentuk intipati pengajaran dan pembelajaran di UNITAR. Tumpuan sentrikpelajar dijamin lancar di mana pemindahan pengetahuan boleh berlaku bila-bila masa, di mana sahaja; dan di mana interaksi konvensional antara pensyarah dan pelajar yang dianggap penting dan pembelajaran boleh dilakukan di platform maya.

UNITAR menawarkan 'Blended- Learning' di mana komunikasi antara pensyarah dan pelajar adalah campuran bersemuka (dikenali sebagai UNIEC Face ) dan interaksi dalam talian (UNIEC Virtual). Profil UNIEC juga membolehkan pelajar menyesuaikan persekitaran pembelajaran mereka.

Antara kaedah-kaedah inovatif UNITAR adalah pengenalan konsep "kelas terbalik" (atau "flipped classroom") di dalam kuliah, di mana pelajar mengkaji semula kandungan sebelum permulaan kelas untuk penggunaan masa kelas khusus bagi aktiviti bersama pensyarah. Ini adalah salah satu contoh kaedah pemikiran ke hadapan yang digunakan dalam persekitaran pembelajaran UNIEC.
  • UNIEC Virtual
    Platform pembelajaran maya yang menawarkan gabungan alat untuk pelajar berkomunikasi, bekerjasama, penciptaan bersama, perkongsian, penganalisasian dan juga penyesuaian kendiri (Sistem Pengenalan UNIEC).
  • UNIEC Face
    Interaksi bersemuka yang melengkapi pembelajaran maya, memperkuat dan memperkukuh asas pembelajaran pelajar.
  • Tab UNIEC
    Tablet akan diberikan kepada semua pelajar UNIEC, dilengkapi dengan pemboleh pembelajaran seperti e-buku, kertas kerja kursus, Sistem Pengurusan Kampus dan aplikasi mudah alih yang disesuaikan.
  • UNIEC Space
    Bilik darjah direka untuk menyokong pembelajaran dalam pelbagai bentuk: pembelajaran kooperatif, pembelajaran berasaskan pertanyaan, bilik "kelas terbalik" ("flipped classroom"), IWV, kolaborasi interaktif dan pembelajaran kes studi.
  • UNIEC Live
    Alami persidangan video menggunakan sistem UNIEC melalui Big Blue Button, pada platform persidangan web sumber terbuka (open source) yang direka khas untuk pembelajaran dalam talian.