KALKULATOR
PTPTN & YURAN

Pelajar Antarabangsa UNITAR

PELAJAR ANTARABANGSA
Permohonan & Kemasukan
Permohonan kemasukan ke Universiti Antarabangsa UNITAR dibuka sepanjang tahun. Pengambilan semester adalah pada bulan Januari, Jun dan Oktober.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Jualan (SD)

Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR)
3-01A, Aras 2
Tierra Crest Jalan SS6/3
Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 7627 7200
Fax: +603 7627 7447
Email: intlstudents@unitar.my
Kaedah Bayaran Yuran Pendaftaran
Sebelum datang ke Malaysia, semua pelajar antarabangsa mesti menyelesaikan yuran pendaftaran dan pemprosesan yang dikehendaki dengan mana-mana cara berikut:
  • Pembayaran dari luar negara boleh dibuat melalui unitar.flywire.com
  • Bank Draf, atau
  • Kad Kredit
Untuk mempercepatkan pemakluman bukti pembayaran, adalah penting untuk menghantar sesalinan slip bank, atau Bank Draf bersama butiran nama pelajar, kewarganegaraan, nombor pasport, nombor telefon, alamat e-mel dan program yang ditawarkan oleh Universiti melalui e-mel kepada intlstudents@unitar.my.
Permohonan Visa
GARIS PANDUAN UMUM
Pelajar antarabangsa dikehendaki mengemukakan Surat Kelulusan dari Jabatan Imigresen Malaysia ketika memasuki negara ini dan mempunyai Pas Pelajar yang sah dan / atau Visa Pelajar semasa belajar di Malaysia. Pejabat Pelajar Antarabangsa akan membantu pelajar antarabangsa baharu mendapatkan Surat Kelulusan dan Pas Pelajar dan / atau Visa Pelajar.

Pejabat Pelajar Antarabangsa (ISO) akan memastikan pelajar memenuhi keperluan kemasukan Universiti untuk mendapatkan surat penerimaan / tawaran Universiti. Pelajar mesti memahami sepenuhnya syarat pembayaran kepada Universiti dan prosedur imigresen Malaysia.

*Surat Tawaran akan dikeluarkan setelah pengesahan salinan dokumen yang disahkan didapatibenar:
Sebaik sahaja penerimaan anda di UNITAR disahkan, anda dikehendaki mendapatkan "Visa Pelajar" untuk sepanjang tempoh pengajian anda di Universiti ini. Anda perlu mengemukakan dokumen berikut untuk tujuan memproses Visa Pelajar anda:
  • Dua (2) salinan surat tawaran UNITAR
  • Empat (4) salinan gambar berukuran pasport terbaru anda dengan latar belakang PUTIH
  • Tiga (3) salinan pasport anda (dengan kesahihan melebihi 18 bulan)
  • Empat (4) Salinan sijil kelayakan akademik anda dengan salinan terjemahan yang disahkan dalam Bahasa Inggeris (jika berkenaan)
  • Salinan keterangan bukti penguasaan Bahasa Inggeris anda (jika berkenaan)
  • Bayaran

Permohonan Pas Pelajar Baharu
SURAT KELULUSAN VISA (VAL)
Pejabat Pelajar Antarabangsa akan menyerahkan dokumen yang telah lengkap kepada EMGS untuk permohonan VAL. Masa pemprosesan untuk VAL mungkin memerlukan kira-kira 6-8 minggu. Pejabat Antarabangsa akan memberitahu pelajar sebaik sahaja VAL diluluskan oleh EMGS.

Pelajar mesti mendapatkan Visa Masuk Persendirian (SEV) dari Kedutaan Malaysia yang terdekat kecuali mereka yang berasal dari negara-negara yang dikecualikan daripada SEV. Setelah menerima visa kemasukan, anda diberikan hanya tujuh (7) hari bekerja sebelum berlepas dari negara anda untuk menyampaikan maklumat berikut kepada Universiti:. Upon receiving your entry visa, you are to provide the University seven (7) working days prior to departing from your country, the following information:
  • Tarikh ketibaan
  • Masa ketibaan
  • Nama dan nombor penerbangan/pesawat
  • Nama Lapangan Terbang i.e Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau KLIA2 di Sepang

Wakil-wakil dari Universiti akan menemui anda di lapangan terbang untuk membantu anda memproses visa kemasukan di pusat pemeriksaan Imigresen. Sila hantar pasport anda ke Pejabat Pelajar Antarabangsa untuk mendapatkan pelekat visa pelajar anda secepat mungkin, setelah anda melakukan pemeriksaan kesihatan di Malaysia.
PANDUAN KETIBAAN
Langkah 1: Sebelum Ketibaan
  • Pelajar mesti menyelesaikan bayaran pendahuluan yang diperlukan (pendaftaran dan penginapan) dan memastikan tarikh ketibaan berada dalam tempoh masa ditetapkan oleh Pejabat Antarabangsa.
  • Sila dapatkan nasihat dari Pejabat Antarabangsa jika pelajar tidak dapat membuat pengaturan perjalanan dalam tempoh masa ditetapkan oleh Pejabat Antarabangsa sebelum pengesahan penerbangan untuk mengelakkan sebarang caj tambahan.
  • Pelajar mesti menghantar e-mel Borang Ketibaan Lapangan Terbang tujuh (7) hari sebelum ketibaan dengan bukti tiket penerbangan.
  • Pelajar diingatkan bahawa Imigresen lapangan terbang TIDAK AKAN melepaskan pelajar tanpa kehadiran wakil UNITAR. Oleh itu, pemberitahuan Ketibaan Lapangan Terbang adalah penting.
  • Pihak UNITAR tidak akan bertanggungjawab sekiranya arahan di atas tidak dipatuhi oleh pelajar.
Senarai Semakan Sebelum Ketibaan
1. Dokumen penting untuk dibawa bersama:
  • Passport
  • Tiket Penerbangan
  • Lesen Memandu (jika ada)
  • Surat Penerimaan dan Surat Kelulusan Imigresen
  • Transkrip Kelayakan Akademik yang asal dalam Bahasa Inggeris (wajib)
  • Keperluan peribadi (berus gigi, sikat rambut, deodoren dll)
  • Cadar katil (cadar dan sarung bantal) - 1 set
  • Tuala Mandi
  • Plag Adapter (220 - 240 volts / system AC 50 cycle)
  • Alat tulis
  • Resit/Bukti pembayaran
  • Nombor telefon penting
*Anda dinasihatkan menyimpan salinan dokumen yang penting (Surat Tawaran dan Penerimaan, Sijil Akademik, Kelayakan, resit, pasport, kad pengenalan, dll)

2. Kewangan
  • Anda dinasihatkan untuk memiliki wang Ringgit Malaysia apabila tiba untuk mengelakkan daripada menghadapi masalah kewangan semasa tempoh peralihan sebelum anda selesa menginap.
  • Kad kredit akan berguna. Adalah dinasihatkan bahawa wang perlu dibawa ke Malaysia dalam Cek Pelancong untuk keselamatan. Sebaiknya ia perlu meliputi sekurang-kurangnya perbelanjaan bulan pertama. Sebaiknya adalah sekiranya pelajar mempunyai kewangan untuk tiga (3) bulan. Ia harus meliputi perbelanjaan harian anda seperti makanan dan barangan penting seperti kos penginapan, buku dan alat tulis.
LANGKAH 2: KETIBAAN
  • Sila pergi ke Kawasan Menunggu Siswa yang telah disediakan semasa ketibaan kerana Jabatan Imigresen Malaysia memerlukan kakitangan institusi pendidikan tinggi untuk memberi perakuan dan melepaskan pelajar dari lapangan terbang.
  • Pelajar diingatkan bahawa pihak Imigresen di lapangan terbang TIDAK AKAN melepaskan pelajar tanpa kehadiran wakil UNITAR.
  • Dimana mungkin, pelajar dinasihatkan untuk membeli kad SIM Malaysia dan menghubungi dan mememui wakil UNITAR sebaik sahaja tiba di lapangan terbang.
  • Wakil UNITAR dapat dikenalpasti kerana beliau akan membawa papan tanda UNITAR serta memakai baju-T UNITAR.
  • Pelajar akan dihantar ke Residensi UNITAR (sekranya ada permintaan) atau pengangkutan akan diberikan kepada Universiti setelah pelepasan Imigresen.
Senarai Penyemakan Semasa Ketibaan
Setibanya anda di Malaysia, anda perlu:
  • Menghubungi keluarga anda untuk memberitahu mereka bahawa anda telah tiba dengan selamat
  • Dapatkan /mengaktifkan perkhidmatan telefon bimbit tempatan
  • Meneroka semua pilihan pengangkutan awam
  • Mencari hypermarket, restoran, farmasi dan pusat membeli-belah tempatan anda
Langkah 3: Selepas Ketibaan
Pemeriksaan Kesihatan
  • Pelajar mesti melapor diri kepada Pejabat Antarabangsa UNITAR pada hari bekerja berikutnya untuk pemeriksaan kesihatan.
  • Kakitangan Pejabat Antarabangsa akan menghantar pelajar ke klinik yang ditetapkan untuk pemeriksaan kesihatan.
  • Pejabat Antarabangsa akan menghubungi pelajar untuk pendaftaran sebaik sahaja status pemeriksa perubatan dikemaskini di portal EMGS.
PENDAFTARAN
  • Pelajar mesti membawa transkrip asal dan surat kelulusan visa asal untuk pendaftaran.
  • Pelajar yang mempunyai sijil IELTS / TOEFL boleh meneruskan program berdaftar mereka. Bagi yang tidak mempunyai IELTS / TOEFL, mereka perlu menjalani Ujian Penempatan Bahasa Inggeris UNITAR.
  • Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan Surat Pengesahan Pelajar dari UNITAR untuk membuka akaun bank selepas pendaftaran.
PENYERAHAN PASSPORT
  • Pelajar dikehendaki mengemukakan pasport mereka dengan serta-merta untuk mendapat sokongan Pelekat Pelajar apabila mereka telah menyelesaikan proses pembukaan akaun bank.
  • Pelajar dinasihatkan supaya tidak membuat rancangan perjalanan keluar dari Malaysia pada masa ini
  • Kegagalan untuk menyerahkan pasport mereka untuk pengesahan bermakna pelajar telah tinggal lebih masa dan mungkin diklasifikasikan sebagai pendatang tanpa izin oleh Jabatan Imigresen Malaysia.