KALKULATOR
PTPTN & YURAN

PTPTN UNITAR

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
Ianya adalah sejenis pinjaman yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelajar dari segi kewangan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditubuhkan di bawah Akta Dana Pengajian Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan berkuatkuasa mulai 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Fungsi PTPTN:
  • Menguruskan pembayaran pinjaman pelajar bagi tujuan pendidikan tinggi, dan untuk mengutip pelangsaian pinjaman
  • Untuk mengumpul deposit, merekabentuk dan menawarkan skim simpanan untuk tujuan penjimatkan bagi pendidikan tinggi
  • Untuk menjalankan sebarang fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN di bawah manamana undang-undang bertulis
Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak melebihi umur 45 tahun pada tarikh memohon
  • Telah menerima tawaran dari IPTS dengan memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency atau MQA)
  • Kursus yang dipilih mesti mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN
  • Kursus pilihan juga harus mendapat Sijil Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih masih berada dalam tempoh sah pada tarikh permohonan
  • Baki tempoh pengajian selepas permohonan mestilah melebihi satu (1) tahun
  • Tidak ada penaja (contohnya MARA atau JPA) atau biasiswa
  • Telah membuka akaun SSPN1M.
Nombor PIN Permohonan PTPTN
Nombor PIN boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web PTPTN atau dari Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM5.00 (sah selama 6 bulan SAHAJA). Sila simpan resit untuk tujuan login/ log masuk laman web.
Akaun SSPN1M
Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) adalah skim simpanan yang direka khusus oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tujuan pembiayaan pendidikan tinggi.

Bermula pada 1 Januari 2012, para pelajar yang memohon pinjaman pendidikan PTPTN mestilah memiliki akaun SSPN1M dengan jumlah simpanan minima sebanyak RM20.00. Akaun SSPN1M boleh dibuka secara dalam talian melalui laman web PTPTN atau di: Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Agrobank atau mana-mana cawangan PTPTN untuk mendapatkan nombor akaun dengan segera.
Aplikasi Dalam Talian
Semua permohonan pinjaman PTPTN mestilah dibuat secara dalam talian. Pemohon mesti memohon melalui Laman Web Aplikasi Atas Talian PTPTN di http://www.ptptn.gov.my semasa pembukaan dan penutupan tarikh permohonan. Pemohon dikehendaki memiliki e-mel (yahoo.com atau gmail.com) untuk tujuan surat-menyurat. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan dalam log masuk atau dalam menetapkan semula kata laluan, sila hubungi:
Pusat Sehenti PTPTN
Unit 1 & 2A, 2B,
Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur
Nombor Careline PTPTN: +603- 2193 3000
Laman Web rasmi: http://www.ptptn.gov.my
Masa Operasi:
8.30pagi hingga 5.00petang (Isnin hingga Khamis)
8.30pagi hingga 12.15tengahari dan 2.45petang hingga 5.00petang (Jumaat)
JUMLAH PINJAMAN UNTUK PROGRAM SEPENUH MASA
PROGRAM JUMLAH PINJAMAN SETAHUN
ASAS (FOUNDATION) RM3,400 - RM6,800
DIPLOMA RM3,400 - RM6,800
IJAZAH RM6,800 - RM13,600
JUMLAH PINJAMAN PROGRAM SEPARUH MASA/ SAMBILAN
PROGRAM JUMLAH PINJAMAN SETAHUN
DIPLOMA RM5,050
IJAZAH RM5,470
Pembayaran Pinjaman
Peminjam digalakkan membayar balik pinjaman tanpa menunggu Surat Tuntutan. Tempoh pembayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diambil seperti berikut:
Jumlah Pinjaman Tempoh Pembayaran
RM10,000 ke bawah 60 Bulan (5 Tahun)
RM10,001 hingga RM22,000 120 Bulan (10 Tahun)
RM22,001 hingga RM50,000 180 Bulan (15 Tahun)
RM50,001 ke atas 240 Bulan (20 Tahun)
  • Kos pentadbiran sebanyak 4% setahun akan dikenakan pada tarikh bayaran balik pinjaman sehingga 31 Disember 2003. Dari 1 Januari 2004, kos pentadbiran dikurangkan kepada 3% setahun atas baki pinjaman bulanan.
  • Kos pentadbiran akan dikira 6 bulan selepas tamat pengajian atau penamatan pinjaman seperti yang dinyatakan dalam perjanjian yang ditandatangani. Tiada pengurangan diberikan dalam kos pentadbiran.
  • Permohonan untuk penangguhan bayaran balik boleh dipertimbangkan untuk peminjam yang melanjutkan pengajian mereka atau yang belum bekerja. Walau bagaimanapun, kos pentadbiran akan dikenakan semasa tempoh penangguhan.
  • Kos pentadbiran akan dikecualikan untuk bayaran penuh pinjaman dalam tempoh 6 bulan.
  • Pengecualian pembayaran balik hanya akan dipertimbangkan untuk peminjam yang mendapat 'Kepujian Kelas Pertama' untuk pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Julai 2005 HANYA melalui penyerahan permohonan untuk pengecualian.