Maklumat Program UNITAR

Diploma Seni Pastri
MOHE/MQA
[N/811/4/0389(MQA/PA10812)08/24]
Program Diploma Seni Pastri akan menyediakan anda dengan asas-asas pembuatan pastri sehingga pembuatan manisan yang kompleks dan mempersiapkan anda untuk kerjaya dalam industri bakeri. Anda akan dibimbing dalam operasi pembuatan bakeri dan pastri, latihan teori dan praktikal dalam industri pembuatan pastri, bakeri dan manisan. Melalui program ini, untuk permulaan anda akan didedahkan dengan Prinsip Bakeri, Kemahiran Asas Bakeri, Pembersihan dan Sanitasi Perkhidmatan Makanan, Pengurusan Organisasi Dapur dan lain-lain.

Setelah menguasai perkara asas, program ini akan memfokuskan kepada kemahiran yang lebih kompleks dalam bidang Bakeri, Seni Coklat & Manisan, Pembuatan & Dekorasi Kek, Roti Artisan dan Seni Kraf Gula. Dapur kampus kami yang setaraf dengan standard industri akan memberi anda perasaan seolah - olah anda bekerja di dapur sebenar dan bimbingan daripada para pensyarah profesional dan berpengalaman yang akan menambahbaik  kemahiran bakeri dan pastri anda.
Syarat Kemasukan
Prospek Kerjaya
Syarat Kemasukan
Anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut untuk dipertimbangkan bagi kemasukan ke Program Diploma UNITAR:
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya satu (1) kredit dan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3; ATAU
  • Sebarang sijil kelayakan dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  • Sebarang sijil atau kelayakan yang lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ATAU
  • Program Diploma (Tahap 5, MQF) melalui APEL. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur lebih daripada 20 tahun pada tahun permohonan dengan pengalaman kerja yang berkaitan / pembelajaran pengalaman terdahulu dan lulus penilaian APEL.
Struktur Kursus
Struktur Kursus & Tempoh Pengajian
  • 7 Semester / 2 Tahun 4 Bulan
Tahun 1
  • English 1
  • Foodservice Sanitation
  • Management of Kitchen Organization
  • Skills Enhancement OR / Bahasa Kebangsaan A
  • Pengajian Malaysia 2 ATAU Bahasa Melayu Komunikasi 1 (Pelajar Antarabangsa)
  • Introduction To Hospitality Industry
  • Principle of Baking
  • Foundation in Baking Skills
  • English 2
  • English 3
  • Introduction to Management
  • Introduction to Accounting
  • Advance Pastry and Dessert
  • Culture and Society
Tahun 2
  • Commercial and Artisan Bread
  • Introduction to Human Resource
  • Community Service
  • Arts of Chocolate & Confections
  • Traditional Malay Dessert
  • Cake Production and Design
  • Purchasing & Cost Control
  • Restaurant Management
  • Hospitality Management Accounting
  • Entrepreneurship in Bakery Operation
  • Introduction to Marketing
  • Sugarcraft Artistry
Tahun 3
  • Latihan Industri
Prospek Kerjaya
  • Chef Commis dan Pastri
  • Pereka dan & Penghias Kek
  • Chef Patisserie
  • Pakar Jualan Pastri
  • Pengurus Kilang Pastri
  • Pensyarah Pastri
  • Pengurus Kedai Roti
  • Pakar Dapur
  • Pakar / Pereka Manisan
  • Usahawan Dari Rumah
  • Pakar Coklat
PELAJAR TEMPATAN

Pelajar Malaysia yang mendaftar dalam Program Asasi (Foundation) dan Diploma UNITAR dikehendaki mengambil SEMUA kursus Bahasa Inggeris yang disenaraikan dalam struktur program masing-masing, bermula dengan Bahasa Inggeris 1 (Diploma) dan Kemahiran Mendengar dan Pertuturan (Asasi).
Sila nyatakan pertanyaan anda di sini
Kampus Induk UNITAR International University
Tierra Crest, Jalan SS6/3,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia