Maklumat Program UNITAR

Diploma Pengurusan Hotel
MOHE/MQA
[R/811/4/0057(MQA/FA1707)01/22] |
[R-DL/811/4/0057(MQA/FA1862)01/22]
Diploma Pengurusan Perhotelan membuka pintu untuk pekerjaan dalam pelbagai bidang di industri perhotelan, termasuk operasi ‘front office’ dan operasi ‘housekeeping’, perkhidmatan makanan dan minuman, dan hubungan pelanggan. Program ini bertujuan untuk memastikan pelajar memperolehi banyak kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan kecil atau menjalankan rangkaian hotel yang besar.
Syarat Kemasukan
Struktur Kursus
Prospek kerjaya
Syarat Kemasukan
Keperluan Kemasukan Akademik:
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam tiga (3) mata pelajaran;  ATAU
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya satu (1) kredit dan Sijil Kemahiran Malaysia peringkat 3;  ATAU
  • Sebarang sijil atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Program Diploma (tahap 5, MQF) melalui APEL. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur lebih daripada 20 tahun pada tahun permohonan dengan pengalaman kerja yang berkaitan / pembelajaran pengalaman terdahulu dan lulus penilaian APEL.
Struktur Kursus

Struktur Kursus & Tempoh

  • 7 Semester / 2 + 1/2 Tahun

Tahun 1

  • Pengenalan kepada Industri Hospitaliti
  • Bahasa Inggeris 1
  • Pengenalan kepada Pengurusan
  • Sanitasi Perkhidmatan Makanan
  • Pengajian Malaysia/Bahasa Melayu Komunikasi 1
  • Bahasa Inggeris 2
  • Pengeluaran Makanan dan Minuman
  • Pengurusan “Front Office”
  • Pengenalan kepada Pemasaran
  • Amalan Pengemasan
  • Pengenalan Perakaunan
  • Keusahawanan Sosial
  • Bahasa Inggeris 3
Tahun 2
  • Pembelian dan Kawalan Kos
  • Pengenalan kepada Sumber Manusia
  • Bahasa Asing 1
  • Ko-kurikulum
  • Pengurusan Hotel
  • Perakaunan Pengurusan Hospitaliti
  • Aspek Undang-undang dalam Industri Hospitaliti
  • Pengurusan Restoran
  • Bahasa Asing 2
  • Pengurusan acara
  • Operasi Komersial Makanan
  • Penambahbaikan Kemahiran
  • Operasi Perkhidmatan Makanan dan Minuman
Tahun 3
  • Latihan Industri
Prospek kerjaya
Pelbagai peringkat pengurusan, penyeliaan dan operasi dalam:
  • Hospitaliti
  • Perkhidmatan
  • Industri makanan dan minuman.
PELAJAR TEMPATAN

Pelajar Malaysia yang mendaftar dalam Program Asasi (Foundation) dan Diploma UNITAR dikehendaki mengambil SEMUA kursus Bahasa Inggeris yang disenaraikan dalam struktur program masing-masing, bermula dengan Bahasa Inggeris 1 (Diploma) dan Kemahiran Mendengar dan Pertuturan (Asasi).
Maklumat Yuran
Ketahui lebih lanjut mengenai yuran anda sepanjang tempoh pengajian anda di UNITAR.
Kampus Induk UNITAR International University
UNITAR 3-01A,
Aras 2, Tierra Crest, Jalan SS6/3, Kelana Jaya,
47301, Petaling Jaya.
Selangor Darul Ehsan. Malaysia.