PELAJAR TEMPATAN
Keperluan Kemahiran Bahasa Inggeris untuk pelajar Malaysia di UNITAR International University adalah seperti berikut:
Untuk Program PhD:
- Mendapat minimum kredit Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
- Lulus Ijazah Sarjana daripada institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium arahan serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
- Lulus penilaian dalaman yang ditetapkan oleh Universiti, dengan skor minimum C.
Untuk Sarjana Pendidikan TESL:
- Mendapat minimum kredit Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
- Mendapat skor minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET), ATAU,
- Lulus penilaian dalaman yang ditetapkan oleh Universiti, dengan skor minimum C.
Nota:
Penilaian Dalaman: Ujian lisan dalam bentuk temuduga, yang akan dijalankan oleh panel penemuduga yang terdiri daripada dua orang ahli dari setiap Fakulti dan seorang wakil daripada jabatan Bahasa Inggeris atau mana-mana jabatan berkaitan.