Maklumat Program UNITAR

Sarjana Pengurusan Hospitaliti
MOHE/MQA
R/811/7/0053 (MQA/FA 1714) 01/22
Mod Pengajian
  • Konvensional
Program Sarjana Pengurusan Hospitaliti ini direka dan disampaikan oleh tenaga pengajar akademik yang berpengalaman dalam industri, pensyarah jemputan dan pakar industri. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan pembelajaran dalam talian dan teknologi video. Lawatan lapangan turut tersedia dan pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian dalam projek perundingan yang sebenar. Program ini berasaskan pada orientasi industri yang sebenar di mana pelajar akan memperolehi teknik yang boleh dipraktikkan dalam pengurusan hospitaliti
Syarat Kemasukan
Struktur Kursus
Prospek kerjaya
Syarat Kemasukan
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, minimum CGPA 2.50
Kelayakan masuk bagi program Sarjana (Tahap 7, MQF) melalui APEL dengan kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 
Pemohon mestilah:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 30 tahun pada tarikh permohonan
  3. Memiliki sekurang-kurangnya STPM/Diploma/A-Levels atau kelayakan yang setara;
  4. Memiliki pengalaman bekerja/ pembelajaran melalui pengalaman
  5. Lulus penilaian APEL
ATAU
Memiliki kelayakan lain yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia.
 
Struktur Kursus

Struktur Kursus & Tempoh Pengajian

  • 6 Semesters / 1 Tahun 4 Bulan + 2 Tahun

Tahun 1

  • Analisis Pasaran Industri Perhotelan

  • Kajian Metodologi

  • Pengurusan Sumber Manusia Strategik

  • Tingkah Laku Pengguna Hospitaliti

  • Pengurusan Pemasaran

  • Pengurusan Perkhidmatan Hospitaliti

  • Pengurusan Hospitaliti Multiunit


Tahun 2

  • Pengurusan Hospitaliti Antarabangsa

  • Projek Penyelidikan Hospitaliti

  • Seminar Isu Semasa dalam Industri Perhotelan

Prospek Kerjaya
  • Guru Seni Kulinari
  • Perunding Restoran
  • Cef Selebriti
  • Ahli Teknologi Makanan
  • Pakar Pemakanan Kesihatan Awam
  • Ahli Terapi Nutrisi
PELAJAR TEMPATAN

Keperluan Kemahiran Bahasa Inggeris untuk pelajar Malaysia di UNITAR International University adalah seperti berikut:

Untuk Program PhD:

  • Mendapat minimum kredit Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
  • Lulus Ijazah Sarjana daripada institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium arahan serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
  • Lulus penilaian dalaman yang ditetapkan oleh Universiti, dengan skor minimum C.
Untuk Sarjana Pendidikan TESL:
  • Mendapat minimum kredit Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
  • Mendapat skor minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET), ATAU,
  • Lulus penilaian dalaman yang ditetapkan oleh Universiti, dengan skor minimum C.

Nota:

Penilaian Dalaman: Ujian lisan dalam bentuk temuduga, yang akan dijalankan oleh panel penemuduga yang terdiri daripada dua orang ahli dari setiap Fakulti dan seorang wakil daripada jabatan Bahasa Inggeris atau mana-mana jabatan berkaitan.

Sila nyatakan pertanyaan anda di sini
Kampus Induk UNITAR International University
Tierra Crest, Jalan SS6/3,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia