Mengenai UNITAR
Selamat Datang ke UNITAR International University (UNITAR)

MENGENAI KAMI

Ditubuhkan pada tahun 1997, UNITAR International University (UNITAR) adalah sebuah universiti berwawasan dan mapan, yang juga dikenali sebagai universiti maya pertama di Asia Tenggara dan salah satu universiti swasta perintis di Malaysia.

Program-program kami ditawarkan di kampus induk kami di Kelana Jaya serta di 11 buah kampus wilayah (kampus cawangan) di seluruh Malaysia. Kami mempunyai 36 program akademik yang terdiri daripada peringkat Asasi (Foundation), Diploma dan Sarjana Muda, sehingga ke program Sarjana dan Doktor Falsafah (Doctorate atau PhD). Kami berbangga kerana mempunyai barisan akademik yang komited di pelbagai fakulti dan sekolah seperti Perniagaan & Teknologi, Pendidikan & Kemanusiaan, Seni Kulinari, dan peringkat Asasi.

Sejak penubuhannya, kami meneruskan kaedah pembelajaran inovatif di mana teknologi melengkapkan interaksi manusia untuk memberi platform pendidikan yang kuat. Usaha kami untuk menawarkan pendidikan dengan harga yang berpatutan dan berkualiti dalam kedua-dua mod pengajaran konvensional dan maya masih diteruskan hingga kini. Ianya diterapkan dalam Teras Pendidikan UNITAR (atau UNITAR Education Core yang juga dikenali sebagai "UNIEC"), dan memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21 yang terkini.
ASPIRASI KAMI
Fokus terhadap Visi kami. Komited kepada Misi kami.
VISI KAMI
Menjadi Universiti Sains Sosial Inovatif Terkemuka.
MISI
  • Untuk Meluaskan Akses kepada Pembelajaran
  • Untuk Memupuk Graduan yang Hebat
  • Untuk Membina Perniagaan yang Mampan