Blog Details

5 Sebab Anda Patut Bertukar Universiti
Friday, December 06, 2019
unitar news

Kebanyakan pelajar akan memilih untuk kekal di institusi yang sama bagi peringkat pengajian seterusnya atas pelbagai sebab, antaranya selesa dengan persekitaran kampus, tenaga pengajar, rakan sekuliah dan sebagainya.

Ada sesetengah pelajar yang menyertai sesuatu kursus atau institusi atas dorongan ibu bapa atau rakan-rakan. Mungkin sahaja pilihan anda membawa berkat dan anda seronok menjalani kehidupan di universiti, namun untuk pelajar yang tidak begitu bernasib baik, keadaan mental dan fizikal mereka boleh merosot ke tahap terpaksa meninggalkan menara gading untuk seketika waktu.

Tidak dinafikan bahawa terdapat institusi pengajian yang menyediakan fasiliti lengkap, kualiti pembelajaran terbaik, bantuan kewangan dan sebagainya, tetapi bagaimana pula jika anda melanjutkan pengajian di institusi yang bukan begitu? Adakah anda akan tetap kekal dan menjejaskan masa depan sendiri atau berpindah ke institusi yang lain?

Jika anda masih keliru untuk membuat keputusan, di bawah adalah lima sebab untuk anda patut bertukar universiti.

 

1. Kursus pengajian kurang permintaan dalam industri

Sebagai pelajar, anda seharusnya peka dengan trend semasa seperti bidang pekerjaan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, dianggarkan hampir 55% graduan tidak mempunyai pekerjaan setahun selepas menamatkan pengajian. Sekiranya anda merasakan yang kursus yang diambil sekarang tidak mempunyai permintaan pekerjaan yang tinggi, anda disarankan untuk menukar kepada kursus yang lain.

Pertimbangkan universiti anda sekarang. Adakah ia mempunyai rakan industri yang relevan? Adakah anda menerima pendedahan kepada kemahiran insaniah atau soft skills yang dihargai majikan? Adakah kursus tersebut dikemaskini untuk era siber dan Revolusi Perindustrian Ke-4? Jika jawapan untuk setiap soalan di atas adalah "tidak", tibalah masa untuk anda bertukar universiti.

 

2. Tiada bantuan kewangan

Walaupun kebanyakan universiti menawarkan bantuan kewangan dan biasiswa kepada pelajar mereka, namun jumlah yang ditawarkan kebanyakannya bergantung kepada belanjawan yang diperuntukkan oleh pihak lembaga universiti tersebut. Oleh itu, sesetengah universiti mempunyai lebih banyak jenis bantuan kewangan berbanding universiti lain.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan pinjaman, namun bagaimana jika anda tidak layak? Anda mungkin tidak sedar, tetapi menerima bantuan kewangan ataupun biasiswa sememangnya memberikan impak besar dalam jumlah yuran pengajian yang anda perlu bayar untuk jurusan kursus pengajian anda.

Sebagai contoh, jika kursus anda menelan belanja sebanyak RM6,000 untuk setiap semester tetapi anda menerima biasiswa dengan potongan sebanyak 25% dari jumlah tersebut, anda hanya perlu membayar sebanyak RM36,000 untuk lapan semester berbanding RM48,000.

Jika anda tidak berjaya mendapatkan biasiswa mahupun bantuan kewangan di tempat pengajian anda sekarang, anda disarankan untuk bertukar ke universiti yang dapat membantu menjimatkan wang anda untuk keseluruhan tempoh pengajian anda.

 

3. Kekurangan peluang kerjaya selepas tamat pengajian

Kursus yang niche mungkin menarik bagi anda, namun anda patut menilai cara universiti anda memupuk peluang perangkaian antara anda dan rakan industri. Adakah universiti anda menganjurkan perbincangan meja bulat? Adakah acara seperti seminar dan ceramah diadakan untuk anda belajar sedikit sebanyak tentang industri yang akan anda ceburi setelah menerima ijazah? Ataupun adakah anda diberi pendedahan melalui lawatan sambil belajar?

Jika tidak, anda mungkin hendak bertukar ke universiti lain mahupun anda tidak memilih kursus yang niche. Menyertai kursus yang lebih tradisional juga boleh menyukarkan prospek kerja anda jika universiti anda tidak mempunyai rakan industri untuk tujuan mendidik dan membimbing anda serta memberi gambaran yang tepat tentang keadaan sebenar dalam industri.

Semakin berkembang bidang teknologi dan penggunaan robot dalam zaman Revolusi Perindustrian Ke-4 kini, semakin banyak pekerjaan yang dahulunya penting menjadi tidak relevan. Jika anda memilih bidang kerja perakaunan yang menghadapi permintaan tinggi sekarang, ianya mungkin tidak kekal. Dalam sedekad dua, pekerjaan ini mungkin lesap akibat penularan teknologi automasi.

Namun ini tidak bermaksud anda tidak harus memilih bidang perakaunan. Kerana anda sudah mengetahui betapa pesatnya perkembangan bidang teknologi, pilih kursus yang mempunyai elemen-elemen perakaunan serta modul khusus dalam bidang e-perdagangan, sistem maklumat perakaunan dan komunikasi perniagaan. Justeru, amat penting untuk anda memilih kursus yang fleksibel dan boleh disesuaikan kepada keadaan masa hadapan. Kursus ini seharusnya mengandungi elemen subjek yang anda minati supaya anda berjaya mendapat pekerjaan sekarang dan kelak.

 

4. Tenaga pengajar kurang berpengalaman

Tenaga pengajar yang baik akan melahirkan pelajar yang terbaik. Jika anda merasakan pensyarah anda tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk membantu dan membimbing anda, usah teragak-agak untuk bertukar ke universiti lain yang mempunyai tenaga pengajar yang lebih terlatih dan berpengalaman.

Anda berhak untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik setanding dengan wang yang telah anda labur untuk membiayai pendidikan anda. Pendidikan universiti tidak terhenti hanya kerana anda telah menamatkan pengajian. Malah, ianya menjadi kunci untuk kejayaan anda dalam kerjaya pada masa depan. Oleh itu, teruskan usaha anda untuk menerima pendidikan yang terbaik, walaupun anda terpaksa berpindah ke universiti yang lain.

 

5. Kemudahan rekreasi yang tidak memuaskan

Bagaimana murah pun yuran pengajian sesuatu institusi tersebut, kelengkapan fasiliti merupakan salah satu aspek penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda mendaftarkan diri ke pusat pengajian tersebut. Kelengkapan fasiliti yang tidak memuaskan boleh mempengaruhi pengalaman anda di institusi berkenaan.

Menurut laporan National Intramural-Recreational Sports Association pada tahun 2014, pusat rekreasi pelajar bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal pelajar, malah 64% daripada responden juga menyatakan bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti rekreasi kampus memberikan mereka kemahiran yang boleh digunakan selepas tamat pengajian.

 

Pilih Institusi yang Memenuhi Keperluan

Jadi sekarang anda telah ketahui apa ciri-ciri yang perlu anda pertimbangkan sebelum menukar universiti. Kalau nak tahu dimana, sudah tentu di UNITAR International University! Dengan kadar kebolehpasaran graduan setinggi 91% serta 118 rakan kongsi industri, anda boleh yakin akan UNITAR untuk menolong anda mengorak langkah pertama kerjaya anda.

UNITAR berusaha untuk memastikan semua kursus yang ditawarkan sejajar dengan tuntutan industri semasa. Untuk memastikan kursus sentiasa seiring dengan kehendak semasa, UNITAR sering mengadakan perbincangan meja bulat dengan rakan industri. Prinsip C.A.R.E. (Collaborative, Adaptive, Reflective and Entrepreneurial) yang sentiasa diketengahkan oleh UNITAR juga diterapkan dalam silibus dan juga pelajar mereka. Untuk melihat senarai penuh program asasi, diploma dan sarjana muda, KLIK DI SINI.

 

Universiti yang Memberi Sokongan dan Dorongan untuk Mengalakkan Perkembangan Pelajar

UNITAR merupakan institusi yang gigih membantu pelajar-pelajar untuk mengambil inisiatif dalam perkembangan kendiri. Ramai pelajar UNITAR yang berjaya dibimbing untuk menjalani hidup dengan sihat, bertimbang rasa dan mampu bekerjasama dengan rakan sebaya serta para pensyarah dan ahli keluarga mereka. Di bawah adalah beberapa pelajar UNITAR yang amat berpuas hati dengan panduan yang mereka terima dari universiti ini.

Kata Marinah (20), pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, "Semua orang tidak kira rakan atau pensyarah sering menyapa saya apabila kami berselisih jalan. Ini kerana UNITAR menyediakan ruang-ruang perbincangan dan perjumpaan untuk para pelajar dari semua fakulti berkolaborasi dan berkongsi idea supaya kami semua dapat bertolong sesama sendiri. Fasiliti-fasiliti tersebut membolehkan kami berkenal sesama sendiri dan mengeratkan hubungan kami."

Kata pula seorang lagi pelajar UNITAR, Rafi (24) dari Bangladesh dalam jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, "Saya datang ke Malaysia melalui agensi, tanpa mengetahui apa saya boleh jangkakan. Saya amat bersyukur kerana UNITAR menawarkan saya peluang menjadi wakil media untuk pelajar-pelajar antarabangsa di sini. Dengan sokongan dari UNITAR, saya dapat menolong ramai pelajar dengan isu-isu harian dan membimbing mereka apabila mereka berasa seperti hilang diri atau rindu kampung halaman."

Pelajar dari Sabah, Hanah (20) dalam jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan, berkata, "Keputusan saya menyertai kumpulan koir di UNITAR telah mendedahkan saya kepada pelbagai pengalaman. Sebagai pelajar dari Sabah, saya amat menghargai pertolongan dan bimbingan dari pihak UNITAR. Saya tahu bahawa walaupun saya berjauhan dari keluarga, saya sekarang mempunyai keluarga di kampus yang boleh saya luahkan apa-apa kesukaran dan masalah yang dihadapi."

 

Kemasukan Fleksibel dan Fasiliti Komprehensif

Anda boleh berpindah ke UNITAR melalui APEL (Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman), secara spesifiknya APEL (C) yang membolehkan anda memindahkan kredit pembelajaran anda dari institusi sebelumnya. Ini supaya anda layak dikecualikan dari mengambil subjek tertentu dan memberikan anda sedikit masa lapang, membolehkan anda menyertai kelab dan persatuan atau aktiviti perkembangan diri yang UNITAR tawarkan.

Selain itu, UNITAR juga bekerjasama dengan banyak yayasan dan organisasi dalam menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan sehingga 100% yuran pengajian untuk kepimpinan, bakat dan atletik. Kursus diploma dan sarjana muda di UNITAR juga layak untuk mendapatkan pinjaman sehingga 100% daripada PTPTN bergantung kepada program itu sendiri.

UNITAR sedia menolong warga Asnaf beragama Islam yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menerima bantuan zakat. Warga Asnaf ini layak menerima litupan sebanyak 100%. Pelajar layak yang belum berdaftar dengan LZS juga boleh menerima bantuan zakat.

Untuk mereka yang sedang bekerja dan ingin menyambung pengajian, anda boleh menggunakan akaun kedua KWSP untuk membiayai pendidikan anda. Untuk melihat senarai penuh bantuan kewangan yang sedia ada, KLIK DI SINI.

UNITAR juga menyediakan pelbagai fasiliti yang bukan sahaja membantu pelajar dari segi akademik, tetapi juga meningkatkan gaya hidup pelajar supaya mereka dapat pengalaman yang terbaik. Dari perpustakaan yang komprehensif sehingga ke auditorium, makmal pendidikan awal kanak-kanak dan makmal bahasa, senarainya berterusan.

Pelajar dari luar bandar, usah risau kerana UNITAR juga menyediakan dua penginapan serba mewah untuk pelajar di kampus induk di Petaling Jaya. Untuk melihat senarai penuh fasiliti dan penginapan yang disediakan oleh kampus induk dan cawangan UNITAR, KLIK DI SINI.

Daftar Sekarang