Blog Details

Kemari, Pelajar dari Sabah dan Sarawak
Thursday, November 21, 2019
unitar news

Orang Sabah dan Sarawak membesar dalam keadaan penuh adat, tradisi dan kekayaan alam semula jadi, tapi kebanyakan pelajar lepasan sekolah menengah akan bertolak ke semenanjung untuk menyambung pelajaran.

Masa ini amatlah mendebarkan, apatah lagi dengan menguruskan persediaan seperti kursus yang hendak diceburi, tempat tinggal, mengemas barang untuk berpindah, dan sebagainya. Semakin dekat tarikh ambilan universiti pilihan anda, semakin kelam kabut jadinya merancang pembelanjaan. Harga tiket penerbangan asyik meninggi saja dekat-dekat tarikh tutup ambilan.

Jangan risau! Di bawah adalah tip-tip untuk anda mengejar impian di Kuala Lumpur tanpa berbelanja berlebihan.

 

1. Cari rakan seperjuangan

 

Anda bukanlah berseorangan ingin melanjutkan pelajaran di semenanjung. Carilah rakan-rakan seperjuangan di sekolah, pesta pendidikan, dan juga media sosial seperti Facebook, atau tanya cikgu-cikgu anda. Dengan rakan-rakan ini, anda senang hati memulakan perjalanan ke semenanjung. Mereka juga boleh menolong anda mencari tempat tinggal, menjaga keselamatan diri dan mengenali rakan baru.

   

2. Uruskan pilihan makanan

 

Pilihan makanan di KL kebanyakannya mahal, tapi makanan di gerai-gerai di keliling IPT biasanya sedap dan harganya pun berpatutan. Pastikan anda memperuntukkan wang lebih untuk makanan kerana mudah sahaja anda boros di gerai-gerai ini.

Boleh sahaja anda menyiapkan makanan sendiri, tapi asrama IPT biasanya tidak membenarkan pelajar memasak. Jika begitu, anda boleh mencari ketuhar gelombang mikro dan cerek air panas terpakai di atas talian, seperti di Carousell. Perkakas seperti di atas membolehkan anda menyediakan makanan ringkas dan anda tidak perlu keluar rumah pada lewat malam jika lapar.

   

3. Kereta? Bas? LRT dan MRT?

 

Rangkaian pengangkutan awam di KL sangatlah luas. Oleh itu, anda boleh ke mana-mana sahaja, terutamanya jika anda belajar di IPT yang terletak di hab pengangkutan seperti Kelana Jaya. Muat turun peta rangkaian pengangkutan awam KL ke telefon bimbit anda supaya anda boleh melancong pada hujung minggu. Kebanyakan IPT juga menyediakan bas shuttle antara kampus dan stesen utama.

   

4. Fikirkan perkara kecil

 

Anda mungkin kurang mementingkan benda kecil seperti seterika dan kain buruk, tapi benda-benda inilah yang boleh menyebabkan anda sakit kepala bila anda sibuk mengejar tarikh penyampaian tugasan. Sediakan sekali kain buruk, cadar katil tambahan, penyapu kecil dan sebagainya supaya anda selesa di tempat tinggal sepanjang kursus anda.

   

5. Cari tawaran dan promosi pembelajaran

 

Kan bagus kalau anda tidak perlu risau tentang tiket penerbangan, tempat tinggal dan kos kursus?

Initiatif Jom, Daftar & Terbang oleh UNITAR International University membolehkan pelajar dari Sabah dan Sarawak menyertai suatu institusi Malaysia yang cemerlang dan mapan. Tiket penerbangan anda ke KL dan tempat tinggal anda di kampus utama UNITAR adalah percuma, dan anda akan menerima diskaun sebanyak 20% atas program pilihan anda!

 

Tiket Penerbangan Percuma

Kos untuk melanjutkan pengajian bukanlah murah, terutamanya jika lokasi IPT terletak jauh dari kawasan tempat tinggal. Banyak faktor yang perlu diambil kira, antaranya kos pengangkutan, kos sara hidup dan sebagainya. Bagi pelajar yang tinggal di Sabah dan Sarawak, kos pengangkutan menjadi faktor utama kebanyakan mereka terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pengajian sekiranya ditawarkan ke IPT yang terletak di semenanjung.

Menyedari akan masalah yang terpaksa ditanggung, UNITAR mengambil inisiatif dengan menawarkan tiket penerbangan secara percuma kepada pelajar yang berjaya ditawarkan ke UNITAR. Dengan bantuan awal berkenaan, ianya dilihat dapat mengurangkan beban yang ditanggung sekaligus membantu pelajar untuk mendapatkan akses pendidikan yang terbaik.

 

Penginapan percuma

Selain faktor pengangkutan, penginapan juga menjadi salah satu faktor yang memberi beban kewangan bulanan kepada pelajar. Sesetengah IPT juga tidak menyediakan kemudahan penginapan sepanjang pengajian. Menerusi kempen ini, selain tiket penerbangan diberikan secara percuma, UNITAR turut menyediakan kemudahan penginapan dan ianya adalah percuma sepanjang tempoh pengajian. Jika tidak, pelajar terpaksa menanggung kos penginapan bulanan antara RM160 dan RM350.

Terdapat dua buah pusat penginapan yang disediakan untuk pelajar yang terletak di Petaling Jaya iaitu Evolve dan Highpark Suites. Lokasi penginapan yang strategik dikelilingi dengan pelbagai kemudahan awam antaranya pengangkutan awam, pejabat polis, pusat kesihatan dan lain-lain boleh diakses dengan mudah oleh pelajar. Selain itu, pusat penginapan ini juga terletak berhampiran kampus utama UNITAR dan memudahkan pelajar untuk menghadiri kuliah pengajian.

 

Diskaun 20% Yuran Pengaiian

Pendidikan dianggap sebagai satu pelaburan yang menguntungkan, baik kepada pelajar mahupun ibu bapa. Walau bagaimanapun, tidak semua dalam kalangan masyarakat mempunyai kemampuan untuk menanggung semua kos pengajian sepanjang dua hingga empat tahun bergantung kepada program pengajian yang diikuti.

Memahami akan masalah tersebut, UNITAR turut menawarkan diskaun yuran pengajian sebanyak 20% kepada pelajar yang berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian di UNITAR. Potongan diskaun ini dapat mengurangkan kos pengajian yang ditanggung selain pelajar boleh memohon pinjaman pendidikan lain seperti PTPTN dan biasiswa-biasiswa lain yang ditawarkan oleh pihak-pihak luar seperti syarikat korporat, yayasan dan sebagainya.

Sekiranya pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan kelas pertama, pelajar juga tidak perlu membayar balik pinjaman pendidikan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian. Jadi belajarlah dengan bersungguh-sungguh sekiranya ingin bebas hutang pendidikan selepas tamat pengajian.

Kesimpulannya, kempen yang dilancarkan ini bukan sahaja membantu pelajar merealisasikan impian mereka tetapi mampu mengubah masa depan diri dan keluarga keseluruhannya. Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut dan berminat untuk membuat permohonan ke UNITAR boleh terus klik Mohon Sekarang.

 

Universiti Maya Pertama di Asia Tenggara

UNITAR merupakan sebuah IPTS yang ditubuhkan pada tahun 1997. Dikenali sebagai sebuah institusi berwawasan dan mapan, UNITAR turut diberi jolokan universiti maya pertama di Asia Tenggara dan salah sebuah universiti perintis pertama dalam kalangan universiti swasta berkedudukan ranking terbaik di Malaysia.

Bagi menyediakan para graduannya untuk pekerjaan masa kini, UNITAR mengetarakan prinsip pegangannya iaitu C.A.R.E. (Collaborative, Adaptive, Reflective, Entrepreneurial) yang membawa maksud kebekerjasamaan, kebolehan menyesuaikan diri, kebolehan mencermin diri, dan semangat keusahawanan. Anda akan dilatih dan didorong secara holistik supaya anda menjadi graduan yang boleh menangani dan mengatasi isu-isu berkaitan kerjaya dan hidup dengan cemerlang.

 

Program Pengajian di UNITAR

Di UNITAR, lebih 40 jenis program pengajian dalam pelbagai bidang, antaranya sains sosial, kemanusiaan, teknologi perniagaan, perakaunan, pendidikan, pelancongan dan banyak lagi ditawarkan meliputi peringkat pengajian asasi (foundation), diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana (masters). Dengan pelbagai pilihan bidang pengajian yang ditawarkan, pelajar mempunyai pilihan yang lebih luas dan boleh memilih bidang bersesuaian dengan minat dan potensi kerjaya di masa hadapan.

Dari segi kualiti pembelajaran, semua program yang ditawarkan telah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), iaitu badan yang memberi kualiti pengiktirafan kepada semua program pengajian yang ditawarkan di semua IPTA dan IPTS di seluruh negara.

Kepada yang ingin menyemak senarai program pengajian yang ditawarkan, syarat kemasukan, tempoh pengajian, yuran pengajian, potensi kerjaya dan sebagainya, boleh klik PROGRAM PENGAJIAN DI UNITAR untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.