UNITAR International University Pascasiswa Doktor Falsafah

Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan
Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidkan menawarkan peluang menempa nama dengan menyumbang kepada pengetahuan sedia ada dengan pemikiran dan sudut pandangan mereka sendiri untuk menafsirkan penemuan dalam pencerahan baharu. Di bawah penyeliaan akademik, tesis asal akan disiapkan pada akhir kursus dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari para pelajar semasa program.
Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan
Doktor Falsafah Pengurusan memberi peluang kepada pelajar untuk menyelidik, membuat konsep, dan melaksanakan projek yang bebas serta asli. Kemahiran pengurusan, keupayaan untuk menyusun pelbagai sumber dan bekerja sebagai satu pasukan serta secara bebas, akan mengakhiri kursus dengan suatu tesis yang merupakan hasil dari pengetahuan baharu dan kesedaran yang diberi pencerahan.
Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan
Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan akan membantu pelajar membangunkan kemahiran penyelidikan lanjutan yang berguna untuk kerjaya dalam bidang akademik atau pekerjaan lain yang memerlukan kemahiran yang sistematik, kritikal dan analitikal. Kerjaya anda akan dapat dimajukan ke tahap yang baharu setelah tesis asal yang diperlukan berjaya dilengkapkan pada akhir kursus.
Doktor Falsafah (PhD) Teknologi Maklumat
Doktor Falsafah (Teknologi Maklumat) adalah program doktoral penyelidikan penuh yang memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka topik pilihan mereka dengan penyeliaan pakar dalam bidang itu. Penyampaian akhir dalam kursus ini adalah sistem prototaip yang akan membolehkan pelajar mendapat banyak peluang kepada minda dan semangat yang semulajadi untuk menyelesaikan masalah.