UNITAR International University Pascasiswa Sarjana

Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)
Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) adalah kursus yang sangat ideal untuk mereka yang ingin melanjutkan kerjaya mengajar mereka ke dalam arah bimbingan dan kaunseling. Teknik kaunseling dan penilaian lanjutan serta kaunseling silang budaya adalah beberapa subjek yang berguna bukan sahaja untuk kaunselor bimbingan tetapi untuk mereka yang bekerja di sektor sumber manusia.
Sarjana Pendidikan (Kepimpinan Pendidikan & Pengurusan)
Sarjana Pendidikan (Kepimpinan Pendidikan & Pengurusan) membantu pelajar memperolehi asas yang kuat dalam teori pendidikan dan penyelidikan, yang memuncak dalam kertas projek pada akhir kursus. Struktur kursus adalah sesuai untuk mereka yang ingin mengembangkan pengetahuan dan kemahiran khusus dalam kepimpinan pendidikan, penyelidikan dan dalam bidang lain yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan.
Sarjana Pendidikan (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)
Sarjana Pendidikan (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) sangat sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan khusus dalam mengajar Bahasa Inggeris kepada orang lain, di mana bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda mereka. Melalui modul yang ditawarkan, pelajar akan dapat memamhami dengan lebih mendalam mengenai prinsip teras pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) memberi peluang kepada pelajar untuk menyelidik dengan lebih lanjut apa yang diperlukan untuk berjaya membimbing dan mengajar anak-anak. Pelajar menganalisis dan melakukan penyelidikan kualitatif sebagai sebahagian daripada kursus, belajar menentukan faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi perkembangan emosi, sosial dan intelektual kanak-kanak pada tahun-tahun awal mereka.
Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan melengkapkan pemegang ijazah hari ini dengan kemahiran pengetahuan dan kepimpinan yang diperlukan dalam peranan pengurusan yang lebih tinggi. Subjek yang meliputi topik seperti kecerdasan kompetitif diimbangi dengan subjek etika korporat, dan memberikan graduan keupayaan untuk melibatkan diri dalam persekitaran korporat yang mencabar dengan penuh prinsip dan integriti.
Sarjana Teknologi Maklumat
Sarjana Teknologi Maklumat menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk merekabentuk, membangun dan menyelenggara sistem menggunakan teknologi dan metodologi yang canggih. Pelajar dapat menyelami bidang ini untuk mendapat ilmu yang lebih mendalam seperti rangkaian komputer, pembangunan perisian dan pengaturcaraan multimedia yang kesemuanya antara kebolehan yang diidamkan oleh majikan masa depan.