UNITAR International University Pascasiswa Doktor Falsafah

Program Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan menawarkan peluang menambah pengetahuan sedia ada dengan pemikiran dan sudut pandangan mereka sendiri untuk mentafsirkan penemuan dalam pencerahan baharu. Di bawah penyeliaan akademik, tesis akan disiapkan pada akhir kursus dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari para pelajar sepanjang program.
Program Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan memberi peluang kepada pelajar untuk menyelidik, membuat konsep, dan melaksanakan projek yang bebas serta asli. Kemahiran pengurusan, keupayaan untuk menyusun pelbagai sumber dan bekerja sebagai satu pasukan serta secara bebas, dan mengakhiri kursus dengan suatu tesis yang merupakan hasil dari pengetahuan baharu dan kesedaran yang diberi pencerahan.
Program Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniaagaan akan membantu pelajar membangunkan kemahiran penyelidikan lanjutan yang berguna untuk kerjaya dalam bidang akademik atau pekerjaan lain yang memerlukan kemahiran yang sistematik, kritikal dan analitikal. Kerjaya anda akan dapat dimajukan ke tahap yang baharu setelah tesis asal yang diperlukan berjaya dilengkapkan pada akhir kursus.
Program Doktor Falsafah (PhD) Teknologi Maklumat adalah program doktoral penyelidikan penuh yang memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka topik pilihan mereka dengan penyeliaan pakar dalam bidang itu. Penyampaian akhir dalam kursus ini adalah sistem prototaip yang akan membolehkan pelajar mendapat banyak peluang kepada minda dan daya kesungguhan untuk menyelesaikan masalah.