UNITAR International University Pascasiswa Sarjana

Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) adalah kursus yang sangat ideal untuk mereka yang ingin melanjutkan kerjaya mengajar mereka ke arah bimbingan dan kaunseling. Teknik kaunseling dan penilaian lanjutan serta kaunseling silang budaya adalah beberapa subjek yang berguna bukan sahaja untuk kaunselor bimbingan tetapi untuk mereka yang bekerja di sektor sumber manusia.
Sarjana Pendidikan (Kepimpinan Pendidikan & Pengurusan) membantu pelajar memperolehi asas yang kukuh dalam teori pendidikan dan penyelidikan yang boleh diaplikasikan semasa menyediakan kertas projek pada akhir kursus. Struktur kursus adalah sesuai untuk mereka yang ingin mengembangkan pengetahuan dan kemahiran khusus dalam kepimpinan pendidikan, penyelidikan dan bidang lain yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan.
Program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) memberi peluang kepada pelajar untuk menyelidik dengan lebih lanjut apa yang diperlukan untuk berjaya membimbing dan mengajar kanak-kanak. Pelajar menganalisis dan melakukan penyelidikan kualitatif sebagai sebahagian daripada kursus, belajar menentukan faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi perkembangan emosi, sosial dan intelektual kanak-kanak pada tahun-tahun awal mereka. 
Program Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) sangat sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan khusus dalam mengajar Bahasa Inggeris kepada orang lain. Melalui modul yang ditawarkan, pelajar akan dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai prinsip teras pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Program Sarjana Pengurusan Hospitaliti ini direka dan disampaikan oleh tenaga pengajar akademik yang berpengalaman dalam industri, pensyarah jemputan dan pakar industri. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan pembelajaran dalam talian dan teknologi video.
Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan melengkapkan pemegang ijazah hari ini dengan kemahiran, pengetahuan dan kepimpinan yang diperlukan dalam pengurusan yang lebih tinggi. Program ini meliputi beberapa kursus berkenaan kecerdasan kompetitif dan etika koprorat dan memberikan graduan keupayaan untuk melibatkan diri dalam persekitaran korporat yang mencabar dengan penuh prinsip dan integriti.
Program Sarjana Teknologi Maklumat menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk merekabentuk, membangun dan menyelenggara sistem menggunakan teknologi dan metodologi yang canggih. Pelajar dapat mengetahui tentang bidang ini dengan lebih mendalam seperti rangkaian komputer, pembangunan perisian dan pengaturcaraan multimedia yang kesemuanya antara kebolehan yang diperlukan oleh para majikan dalam bidang ini.