UNITAR International University Siswazah Diploma

Diploma Pengurusan Logistik
Program Pengurusan Diploma Logistik akan mengembangkan kemahiran anda dalam menguruskan aliran barang dan maklumat dalam rantaian bekalan. Ini akan membantu anda untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai aliran pengeluaran dan pengedaran dalam memastikan peredaran yang lancar untuk kedua-dua barang dan maklumat antara pengeluar, pembekal, penyedia perkhidmatan, peruncit dan pengguna. Kemahiran komunikasi yang baik dan minda analitik yang kuat adalah kemahiran penting yang diperlukan dalam industri ini.
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah sesuai untuk mereka yang berminat dalam sektor perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak. Program ini akan menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan kurikulum kanak-kanak, dan mengendalikan keperluan yang kompleks dalam penyeliaan operasi kemudahan awal kanak-kanak.
Diploma Pengajian Komunikasi
Diploma Pengajian Komunikasi direka untuk mereka yang ingin memahami dan menghargai pelbagai saluran media dan bentuk komunikasi. Program ini juga menyediakan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam bidang komunikasi seperti Kewartawanan, Pemikiran Kreatif, Pidato Umum and pelbagai lagi
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Pengurusan Perhotelan membuka pintu untuk pekerjaan dalam pelbagai bidang di industri perhotelan, termasuk operasi ‘front office’ dan operasi ‘housekeeping’, perkhidmatan makanan dan minuman, dan hubungan pelanggan. Program ini bertujuan untuk memastikan pelajar memperolehi banyak kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan kecil atau menjalankan rangkaian hotel yang besar.
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Pelancongan adalah program yang luas yang membantu pelajar mendalami pengetahuan mereka dalam industri pelancongan. Kursus ini merangkumi asas-asas pengurusan, pemasaran dan pengangkutan sebagai sebahagian daripada pendekatan teoretikal dan praktikal untuk menyediakan pelajar dengan pemahaman yang komprehensif dalam disiplin gabungan pelancongan dan pengurusan.
Diploma Pentadbiran Perniagaan
Diploma Pentadbiran Perniagaan adalah kursus serba lengkap yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan perniagaan secara umum dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam persekitaran perniagaan. Pelbagai subjek seperti kewangan, perakaunan, kemahiran interpersonal dan komunikasi telah diatur bagi membantu menyediakan pelajar untuk dunia pengurusan korporat.
Diploma Perakaunan
Diploma Perakaunan menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dalam bidang perakaunan dan bidang perniagaan dan fungsi lain yang relevan dalam penyediaan akaun dan laporan kewangan. Program ini juga merupakan langkah ke arah ijazah profesional dalam bidang perakaunan dan kerjaya yang produktif dalam bidang kewangan yang berkaitan.
Diploma Reka Bentuk Animasi
Diploma Reka Bentuk Animasi bertujuan untuk memberikan kemahiran,  kepakaran animasi dan reka bentuk untuk graduan bekerja di dalam industri. Melalui program ini, graduan dapat mempelajari kemahiran kreatif dalam penggunaan peralatan yang di gunakan oleh industri pada masa sekarang. Graduan juga akan dapat memahami prinsip dan pengembangan projek untuk industri dan menerapkan kemahiran dalam praktikal dunia nyata industri.
Diploma Reka Bentuk Dalaman
Diploma Reka Bentuk Dalaman bertujuan untuk memberikan kemahiran mereka dan merancang bahagian dalam ruang yang boleh berfungsi serta mendorong nilai-nilai estetika ruang. Di studio, pelajar menggunakan kaedah digital dan manual untuk meneliti dan mengesyorkan perubahan reka bentuk dan pengubahsuaian yang memberi kehidupan baru kepada bangunan yang ada.
Diploma Reka Bentuk Fesyen
Diploma Reka Bentuk Fesyen bertujuan untuk memberikan kemahiran merancang dan fabrikasi fesyen. Ini adalah kursus berasaskan projek sepenuhnya yang menawarkan standard pengetahuan luas untuk mengembangkan kretiviti dan pemahaman mengenai industri fesyen dan tekstil.
Diploma Seni Kulinari
Diploma Seni Kulinari direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam perkhidmatan makanan dan pengurusan kulinari, terutamanya dalam industri perhotelan dan restoran. Selain daripada pelajaran dalam penyediaan makanan, program ini merangkumi spektrum pemasaran dan pengurusan sumber manusia termasuk juga subjek membeli dan mengawal kos. Kesemua topik ini dirancang untuk kerjaya yang sukses dalam bidang ini.
Diploma Teknologi Maklumat
Diploma Teknologi Maklumat membantu pelajar membangunkan pengetahuan dan kemahiran perusahaan untuk mengurus dan menyampaikan hasil dalam bidang teknologi maklumat. Dari asas-asas matematik dan pengaturcaraan program kepada algoritma dan struktur data, program ini meneroka pelbagai subjek dalam industri yang berkembang pesat ini.