Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) menawarkan ilmu yang luas dalam pelbagai topik bidang pendidikan. Pelajar akan mempelajari kemahiran komunikasi dan pemikiran kritikal serta pengurusan dan kepimpinan dalam pendidikan. Hari ini, pendidik adalah salah satu kumpulan profesional yang paling bernilai, menjadikan kursus ini amat penting untuk pendidik masa depan.
- 3 pengkhususan : Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Matematik and Bahasa Malaysia
- Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL), akan memperoleh Sijil tambahan dalam TESOL (Mengajar Bahasa Inggeris kepada Penutur Bahasa Lain) juga.