Program Asasi Teknologi Maklumat
Asasi dalam subjek Teknologi Maklumat direkabentuk untuk memberikan pelajar pemahaman inklusif tentang teori dan aplikasi teknologi maklumat dan multimedia. Program ini juga menawarkan pengetahuan asas dalam bidang internet dan penerbitan web, pengaturcaraan program, multimedia dan pangkalan data.