Program Asasi Pengurusan
Program Asasi dalam Pengurusan direkabentuk untuk memberi pelajar pemahaman yang komprehensif mengenai aspek pengurusan dari segi teori dan aplikasi. Program ini menawarkan pelajar ilmu asas dalam bidang pengurusan, termasuk pengenalan subjek psikologi, pembangunan manusia, undang-undang dan masyarakat, dan sejarah tamadun manusia.
Program Asasi Teknologi Maklumat
Asasi dalam subjek Teknologi Maklumat direkabentuk untuk memberikan pelajar pemahaman inklusif tentang teori dan aplikasi teknologi maklumat dan multimedia. Program ini juga menawarkan pengetahuan asas dalam bidang internet dan penerbitan web, pengaturcaraan program, multimedia dan pangkalan data.