UNITAR International University Siswazah

Sijil Operasi Perhotelan
Program Sijil Operasi Perhotelan menggabungkan pelbagai elemen kemahiran teknikal dan operasi utama yang diperlukan oleh kakitangan peringkat awal dalam menyediakan makanan dan minuman, pentadbiran (front office) dan perkhidmatan pengemasan. Modul praktikal yang disertakan di dalam program ini akan membekalkan para graduan dengan kemahiran menukupi yang diperlukan oleh majikan hari ini.
Sijil Pengajian Perniagaan
Program Sijil Pengajian Perniagaan bertujuan untuk memberi pengetahuan asas, kemahiran teknikal, operasi dan asas keusahawanan secara berkesan dan beretika dalam bidang Pengajian Perniagaan khusus mereka, bagi menanam keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat membantu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.