Adakah program-program UNITAR diiktiraf oleh kerajaan Malaysia?
Jawapan:
Ya, semua program UNITAR diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran (MOE) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).
Soalan:
Adakah program-program diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)?
Jawapan:
Ya, semua program diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Soalan:
Fakulti apakah yang terdapat di UNITAR?
Jawapan:
Kami mempunyai dua (2) fakulti dan dua (2) Sekolah:
Fakulti Perniagaan & Teknologi
Fakulti Pendidikan & Kemanusiaan
Sekolah Seni Kulinari
Sekolah Program Asasi UNITAR
Soalan:
Di manakah lokasi UNITAR?
Jawapan:
UNITAR terletak di Kelana Jaya (bersebelahan dengan Balai Polis Kelana Jaya). Alamat:
3-01A, Aras 2, Tierra Crest,
Jalan SS6/3, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Terdapat beberapa lebuhraya untuk digunakan bagi mengakses UNITAR, seperti:
Lebuhraya Persekutuan
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
Ekspresway Pantai Baru
Kemasukan
Soalan:
Berapa banyak semester dalam satu (1) tahun?
Jawapan:
Terdapat tiga (3) semester setahun; Januari, Jun dan Oktober.
Soalan:
Bilakah saya boleh memohon untuk mendaftar ke UNITAR?
Jawapan:
Permohonan dibuka sepanjang tahun, namun pengambilan kami adalah pada bulan Januari, Jun dan Oktober.
Soalan:
Apakah kaedah untuk membuat permohonan?
Jawapan:
Permohonan Dalam Talian
Permohonan dalam talian dibuka sepanjang tahun. Calon boleh memohon program pilihan mereka dengan mengklik pada butang "Daftar Sekarang" di lawan sesawang UNITAR. Sila isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang "Hantar". Kami akan menghubungi dan membimbing anda melalui proses permohonan.
Soalan:
Apakah tahap kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan untuk belajar di UNITAR bagi pelajar Malaysia?
Jawapan:
Sila rujuk halaman kemasukan untuk keperluan penguasaan Bahasa Inggeris bagi pelajar malaysia.
Cek / Cek Bank / Bank Draf / Postal Order / Money Order
Dibayar kepada "UNITAR CAPITAL SDN BHD"
Bayaran boleh dibuat di Kampus Induk UNITAR:
Jabatan Perkhidmatan Kewangan Pelajar UNITAR International University (UNITAR) 3-01A, Aras 2, Tierra Crest, Jalan SS6 / 3, Kelana Jaya
Soalan:
Apakah perbezaan antara mod pembelajaran konvensional dan pembelajaran jarak jauh?
Jawapan:
MQA telah meluluskan dua jenis mod pembelajaran di UNITAR iaitu mod pembelajaran konvensional dan mod pembelajaran jarak jauh atau remote. Pembelajaran jarak jauh dapat ditakrifkan sebagai pembelajaran di lokasi yang jauh dari kampus Induk. Mod pembelajaran konvensional pula hanya digunakan untuk pembelajaran sepenuh masa sedangkan bagi mod pembelajaran jarak jauh, pelajar boleh memilih pembelajaran sepenuh masa atau secara sambilan.
APEL A adalah Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning atau APEL) dan telah ditetapkan di bawah Rangka Kerja Kelayakan Malaysia (MQF). APEL membolehkan individu untuk maju dengan pembelajaran sepanjang hayat dan meluaskan mobiliti penyertaan pelajar dan pelajar dewasa.
Untuk melayakan diri, individu mesti memenuhi kriteria kemasukan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menduduki penilaian APEL bagi menentukan tahap kecekapan dan kesediaan mereka untuk pendaftaran.