Newsroom News Details

JOM KE HARI TERBUKA UNITAR : “BIAR BETUL! PENGEMBARAAN PENGALAMAN GAYA HIDUP UNIVERSITI YANG LUAR BIASA!”
Friday, March 22, 2019
unitar news

KELANA JAYA - UNITAR International University (UNITAR) melancarkan “Kempen Biar Betul, Semua Boleh masuk U!” bagi pengambilan April ini dengan tawaran menarik yang sukar dipercayai dan di luar jangkaan.

Berkunjung ke Hari Terbuka UNITAR pastinya bagaikan berada dalam sebuah karnival yang menyeronokkan.

Hari Terbuka UNITAR yang pertama kali diadakan baru-baru ini dikejutkan dengan kehadiran bintang bola sepak pasukan PJ City FC yang berkunjung untuk beramah mesra dengan pelajar. Bintang ternama bola sepak seperti Safee Sali, Beom-Geum Bae (Beom), Subramaniam Sooryapparad (Subra), Annas Rahmat (Annas), Rajesh A/L Perumal (Rajesh), Marcus Mah Yung Jian (Marcus) dan Sergio Paulo Nascimento Filho (Sergio) beserta pegawai kelab termasuk jurulatih K Devan benar-benar menjadi tumpuan pada hari tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Puvan Balachandran berkata, pengambilan sesi April 2019, kali ini sangat unik apabila pasukan PJ City FC memberi kejutan dan kunjungan itu sebahagian daripada aktiviti penerokaan program kerjasama industri selain untuk beramah mesra dengan pelajar.

“Dengan berteraskan platform jenama #URFuture Bermula di Sini, sudah menjadi tanggungjawab UNITAR memberi pendidikan berkualiti kepada semua untuk melahirkan golongan professional yang menepati keperluan industri dan melengkapkan pelajar dengan empat dimensi C.A.R.E, iaitu Collaborative (Kerjasama), Adaptive (Penyesuaian), Reflective (Cerminan) dan Entrepreneurial (Keusahawanan).” katanya.

Menurut beliau, UNITAR sentiasa berusaha meluaskan jaringan kerjasama bukan sahaja tertumpu pada sektor korporat dan akademik sahaja.

“Usaha kerjasama industri inovatif sebegini bertujuan memberikan peluang untuk pelajar kami terlibat dalam bentuk latihan industri, projek kursus hinggalah peluang kerja dalam bidang kegemaran mereka seperti bolasepak, muzik, e-sukan dan sebagainya,” katanya.
Pengarah Pemasaran UNITAR Mike Sim pula berkata, PJ City merupakan kelab bola sepak yang berjiran dengan UNITAR di bandaraya Petaling Jaya, dan sebagai sebuah universiti yang beroperasi di Petaling Jaya sejak 22 tahun lalu, UNITAR sentiasa melibatkan diri dalam projek kerjasama komuniti yang dapat mengembangkan bandaraya ini sebagai tempat yang sesuai untuk didiami, bekerja dan belajar. Tambahan lagi bola sepak adalah sukan yang paling diminati dalam kalangan golongan belia di Malaysia membuatkan PJ City FC calon utama untuk meneroka usaha julung kali kami, bagi jalinan kerjasama industri inovatif sebegini,” katanya.

“Dengan “Kempen Biar Betul, Semua Boleh masuk U!” yang berjalan dari sekarang sehingga 22hb April, kami mengalu-alukan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jangan berlengah lagi dan bawalah slip peperiksaan anda ke Hari Terbuka UNITAR kerana anda berpeluang menikmati tawaran-tawaran khas bagi program pengajian yang disediakan Universiti ini.”

Dengan sambutan yang luar biasa, Hari Terbuka UNITAR diteruskan dengan berlangsung selama empat hari dalam dua sesi, iaitu sesi kedua bermula 23 hingga 24 Mac manakala sesi terakhir pada 30 hingga 31 Mac – dan menawarkan pelbagai peluang yang tidak masuk akal hingga boleh dikatakan sangat-sangat berbaloi untuk direbut.

Naib Canselor UNITAR, Dr Noor Raihan Abd Hamid berkata, “Hari Terbuka UNITAR kali ini merupakan sesi durian runtuh buat lepasan SPM serta mereka yang berkerjaya dan ingin meningkatkan pencapaian akademik.

“Kami membuka peluang seluasnya kepada mereka yang berminat, dengan kempen ini semua mampu masuk UNITAR dengan hanya menggunakan keputusan SPM,” katanya.

“UNITAR menyediakan Program Asasi PERCUMA manakala peringkat diploma dari RM13,000 dan Ijazah dari RM30,000. Dengan kos pengajian di UNITAR seratus peratus ditanggung oleh PTPTN, pelajar boleh mendapat sehingga RM5,000 kos sara hidup melalui promosi Biar Betul ini.”

Menurut beliau, aspek kemampuan, kos dan apa sahaja yang membabitkan kewangan tidak lagi menjadi faktor utama golongan itu dalam memilih pusat pengajian.

Oleh itu, datanglah beramai-ramai di Hari Terbuka UNITAR di mana anda boleh mengharapkan penampilan khas daripada selebriti mahupun pakar dalam pelbagai bidang dan aktiviti belia yang menarik lagi menyeronokkan, di samping menemui cara pembelajaran baru dan laluan kerjaya berdasarkan minat.

Ambillah peluang ini untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan dibantu kaunselor pendidikan yang akan memberi penjelasan lanjut mengenai tawaran yang disediakan.

Lebih manis, pengunjung turut dirai dengan jamuan ringan PERCUMA sepanjang Hari Terbuka UNITAR 2019...BIAR BETUL!

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.unitar.my atau hubungi talian tetap di +603 7627 7200 atau email enquiries@unitar.my untuk sebarang pertanyaan.

News Source : https://kampusuols.com/article/428097/U-In-News/SEL-KL/Jom-ke-Hari-Terbuka-UNITAR-ldquoBiar-betul!-Pengembaraan-Pengalaman-Gaya-Hidup-Universiti-yang-Luar-Biasa!-rdquo