Newsroom News Details

SESI PERKONGSIAN KERJAYA DI UNITAR CAREnival
Saturday, April 27, 2019
unitar news
PETALING JAYA - Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) akan mengadakan UNITAR CAREnival 2019 yang bertempat di Kampus Utama UNITAR, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR, B. Puvan dalam satu kenya¬taan berkata, karnival sehari itu dijadual dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Program ini akan berlangsung bermula pukul 9 pagi dan akan berakhir pada pukul 6 petang."

“Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah pertandingan permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG), sesi perkongsian dengan usahawan seperti Christy Ng, Adrian Gaffor dan Chef Asma,”
katanya.

Dalam pada itu, Puvan berkata, karnival yang dijangka menarik ribuan pengunjung termasuk pelajar lepasan sekolah menengah itu merupakan satu bentuk perkongsian strategik dengan menerapkan pembelajaran dan penga¬jaran yang memenuhi cabaran pekerjaan hari ini.

“UNITAR CAREnival ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar me¬ngenai industri kerjaya masa kini melalui penyampaian program inovatif dan kemudahan kampus yang dipanggil #URSpace,” ujarnya.

Pengunjung karnival itu juga akan dihiburkan dengan persembahan oleh selebriti tempatan seperti Sarah Suhairi, Ariff Bahran, As’ad Motawh dan Harith Iskander.