Newsroom News Details

UNITAR AGIH MAKANAN PERCUMA KEPADA ORANG RAMAI
Wednesday, May 22, 2019
unitar news

PETALING JAYA - Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang terulung di negara ini, UNITAR International University (UNITAR) sentiasa komited dan prihatin dalam menghasilkan graduan yang berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, bertepatan dengan atribut CARE yang diterapkan dalam sistem pengajian di sini.

UNITAR sekali lagi mengambil langkah ke hadapan dengan menganjurkan program pengagihan makanan secara percuma kepada orang ramai agar keberkatan bulan Ramadan ini dapat dikongsi bersama.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR, Puvan Balachandran berkata, UNITAR sentiasa peka dan berusaha membantu golongan yang memerlukan bantuan bukan sahaja daripada segi pendidikan, malahan dari sudut tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

"Diharapkan pengagihan makanan yang diberikan membantu golongan yang tidak berkesempatan membeli juadah berbuka kerana kekangan masa dan kesibukan kerja untuk beriftar. Perkara ini sememangya nilai tambah yang perlu dipupuk kepada pelajar kami," katanya.

Puvan berkata, program yang bermula pada 20 hingga 31 Mei itu turut mensasarkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, terutamanya di kawasan masjid serta bazar.

Katanya, bantuan makanan ini turut diberikan kepada golongan asnaf bagi meringankan bebanan mereka dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

"Setakat ini, sukarelawan daripada pihak UNITAR yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah serta pihak pengurusan turut mengambil peluang ini untuk bersama-sama menyediakan makanan sebelum mengedarkannya kepada orang ramai," katanya.

Dalam pada itu, pensyarah bahagian kulinari, Shahril Nizam berkata, program seperti ini sememangnya membantu para pelajarnya sebagai sebahagian daripada latihan praktikal mereka dalam bidang seni kulinari.
Katanya, penyediaan makanan juga menggunakan bahan mentah yang segar serta resepi khas dengan ramuan yang tersendiri.

"Para pelajar turut didedahkan dengan pelbagai aspek yang diperlukan dalam bidang kerjaya seperti kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan lain-lain lagi.

"Dalam pada itu, selain pemberian makanan percuma, orang ramai turut berpeluang mencuba menggunakan sistem penilaian psikometrik yang ditawarkan secara percuma bagi membantu mereka mengetahui bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai dengan profil psikologi mereka," katanya.

Dalam pada itu, majlis berbuka puasa bagi meraikan para pelajar, kaunselor sekolah, rakan media serta rakan industri turut diadakan pada 24 Mei ini bertempat di ruang #URSpace UNITAR Petaling Jaya.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim dan sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang terjalin selama ini selain pelajar sekolah yang dijemput turut dapat merasai suasana pembelajaran di sini dalam lawatan kampus yang diadakan di samping membantu mereka dalam urusan untuk menyambung pengajian mereka di UNITAR.

Sila hadirkan diri selain terokai pintu peluang yang terbuka luas untuk orang ramai melanjutkan pengajian di UNITAR.
UNITAR turut berbesar hati menjemput semua yang berminat untuk menyertai kami di “Hari Informasi UNITAR 2019” pada 25 dan 26 Mei ini di kampus induk Petaling Jaya.

Pihak bimbingan UNITAR turut menyediakan sesi kaunseling pendidikan yang lebih bersifat peribadi kepada para pelajar bagi mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan di masa hadapan.

UNITAR merupakan sebuah universiti swasta berkaitan kerajaan yang memenangi pelbagai anugerah antarabangsa, yang diiktiraf sepenuhnya oleh MQA.