Program-Program Diploma di Universiti Antarabangsa UNITAR

Diploma

Program diploma direka untuk calon yang ingin bekerja dalam industri vokasional seperti reka bentuk fesyen. Terdapat juga kursus diploma yang meliputi bidang akademik yang ditawarkan pada peringkat ijazah sarjana muda, termasuk perakaunan, pentadbiran perniagaan dan psikologi. Lazimnya, program diploma adalah setara dengan tahun pertama ijazah sarjana muda di universiti di Malaysia.

Program ini merupakan pilihan terbaik untuk lepasan sekolah SPM dan profesional bekerja yang mahukan syarat kemasukan dan tempoh kursus yang lebih fleksibel, serta mengisi jurang pengetahuan di tempat kerja.

Universiti Antarabangsa UNITAR mempunyai pelbagai program pengajian diploma dalam mod konvensional dan jarak jauh secara dalam talian untuk menjadikan pendidikan tinggi boleh diakses dan mudah. Selain itu, terdapat juga sebab-sebab yang lain untuk memilih belajar diploma di UNITAR:

  • Bantuan Kewangan & Biasiswa

Kursus diploma mampu milik di Malaysia tersedia apabila anda tahu universiti mana yang hendak dicari. Pelajar UNITAR mempunyai akses kepada banyak pilihan bantuan kewangan dan biasiswa untuk membantu perjalanan pendidikan mereka. Antara bantuan kewangan dan biasiswa yang ada ialah:

(a) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

(b) Pinjaman Yayasan (Negeri).

(c) Pembiayaan Pendidikan AFFIN-i

(d) Dermasiswa Yuran Sifar – Bantuan Sara Hidup (Kategori BSH & M40)

(e) Penggabungan Sijil (hanya terpakai jika pelajar maju dari Sijil ke Diploma)

(f) Biasiswa I-Future untuk Pelajar UNITAR

* Terma dan Syarat terpakai untuk semua biasiswa am dan bantuan kewangan.

  • Projek Dunia Sebenar dengan Rakan Kongsi Industri

Di UNITAR, kami percaya bahawa pembelajaran harus melangkaui persekitaran bilik darjah. Dalam projek dunia sebenar, pelajar kami akan bekerja bersama orang yang mempunyai jawatan dalam industri. Projek dunia sebenar ialah peluang untuk menonjol dan memendekkan proses untuk berada dalam industri.

Untuk mengikuti perkembangan pasaran kerja yang kompetitif hari ini, kami juga telah bekerjasama dengan beberapa rakan industri yang hebat untuk memberi pendedahan kepada pelajar bidang diploma kami. Youth Care Malaysia, H-Live Astro, The Star Media Group, Sime Darby Property, Microsoft dan myBurgerlab merupakan antara rakan industri yang pernah bekerjasama dengan kami.

  • Pensijilan Tambahan

Lulus daripada program diploma adalah permulaan yang baik untuk mara ke program ijazah sarjana muda ataupun memohon pekerjaan peringkat kemasukan di Malaysia. Pelajar UNITAR pula mempunyai kelebihan untuk memperoleh pensijilan tambahan di mana pelajar boleh memperoleh sehingga 10 lencana digital atau pensijilan berdasarkan kursus yang disertakan dengan Microsoft Content (Diploma Teknologi Maklumat), Microsoft Excel dan pensijilan Perakaunan SQL (Diploma Perakaunan). Melalui pensijilan tambahan ini, resume pelajar diploma kami boleh ditingkatkan dengan ketara selepas tamat pengajian serta melengkapkan mereka dengan set kemahiran digital yang mengagumkan.

  • Penempatan Latihan Amali di Syarikat Terkemuka

Pengalaman kerja tidak boleh dikecualikan daripada kehidupan universiti, sebab itu kami mengutamakan penempatan latihan amali yang berkualiti bagi membolehkan pelajar kami memperoleh pengalaman kerja awal serta pendedahan industri sebelum tamat pengajian. Penyediaan peluang latihan amali membolehkan pelajar mengaplikasikan apa yang mereka telah diajar di dalam kelas di pelbagai syarikat terkemuka, termasuk KPMG, SQL dan DHL.

  • UNITAR Merupakan Pusat Penilaian APEL Bertauliah

Bagi golongan profesional yang bekerja, mereka boleh terus mendaftar untuk menaiktaraf diri mereka melalui pengajian diploma secara konvensional atau secara jarak jauh dalam talian melalui APEL dengan menggunakan pengalaman kerja mereka. Dengan berbuat demikian, mereka mungkin dapat mengurangkan tempoh pengajian serta kos pembelajaran.

UNITAR mampu melengkapkan anda dengan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam suasana profesional dengan kursus-kursus diploma kami di bawah.

Pilih Program Anda

  • Filter by
  • Bidang Kursus

  • Tahap Pengajian

  • Kampus

Download Brochure

"*" indicates required fields

Hidden
This field is for validation purposes and should be left unchanged.