Syarat Kemasukan Program
- SPM dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran, atau yang setaraf dengannya, ATAU
- Lulus Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan minimum 3B, ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (GPA 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul dalam mana-mana mata pelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Nota: PPT hendaklah menjalankan saringan dan memberi panduan yang diperlukan khusus kepada disiplin program); ATAU
- Sijil (Tahap 3, MQF) dengan PNGK minimum 2.00 atau setara dengannya; ATAU
- Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;ATAU
- “Syarat kemasukan ke program Diploma (tahap 4, MQF) melalui APEL A. Pemohon mestilah/mempunyai:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Calon hendaklah berumur lebih daripada 20 tahun pada tahun permohonan
3. Pengalaman kerja yang berkaitan / pembelajaran pengalaman terdahulu; dan
4. Lulus Penilaian APEL”
DAN
- Lulus temu duga ATAU penyerahan portfolio pelajar yang ditentukan oleh PPT mengikut keperluan.
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS
Skor minima Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET), IELTS 4.5 atau setaraf.