Syarat Kemasukan Program
Anda mesti memenuhi syarat berikut untuk dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Diploma UNITAR:
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus dalam UEC dengan minimum 3B; ATAU
- Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.00 atau setara dengannya; ATAU
- Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GPA 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus STAM dengan gred minimum maqbul; ATAU
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan (Nota: UNITAR hendaklah menjalankan saringan dan memberi bimbingan yang diperlukan khusus kepada disiplin program) ATAU
- Kelayakan dan/atau pengalaman yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- “Syarat kemasukan ke program Diploma (tahap 4, MQF) melalui APEL A. Pemohon mestilah/mempunyai:
1. Warganegara Malaysia; dan
2. Calon hendaklah berumur lebih daripada 20 tahun pada tahun permohonan
3. Pengalaman kerja yang berkaitan / pembelajaran pengalaman terdahulu; dan
4. Lulus Penilaian APEL”
DAN
- Lulus temu duga ATAU penyerahan portfolio pelajar yang ditentukan oleh PPT mengikut keperluan.
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS
Pelajar antarabangsa
Skor minima 4.5 untuk IELTS ATAU yang setaraf dengannya.