referral image cover

Sertai Program Student-Get-Student Programme UNITAR

Memperkenalkan Pelajar Baru dan Dapatkan Ganjaran!

Program ini direka khas untuk pelajar UNITAR, memberi ganjaran kepada anda kerana membantu orang lain menemui masa depan mereka dengan UNITAR Education Group. Sama ada mereka memilih mod pembelajaran dalam talian atau secara bersemuka, rujukan anda boleh memberi anda ganjaran yang lumayan.

Jangan lepaskan peluang untuk meraih ganjaran sambil membimbing orang lain memulakan perjalanan mereka bersama UNITAR. Hantar rujukan anda hari ini!

Bagaimana ia berfungsi?

Dapatkan ganjaran dalam hanya beberapa langkah mudah:

  • Kenal pasti Pelajar Berpotensi: Tahu sesiapa yang akan mendapat manfaat daripada belajar di UNITAR? Kenal pasti rakan, keluarga, atau kenalan yang berminat untuk melanjutkan pendidikan mereka.
  • Hantar Rujukan Anda dengan mengisi borang dengan butiran rujukan anda.
  • Dapatkan Ganjaran: Untuk setiap pendaftaran yang berjaya, anda akan menerima ganjaran tunai berdasarkan jumlah pelajar yang anda rujuk.

Ganjaran Anda Menanti!

Semakin ramai pelajar yang anda rujuk, semakin banyak yang anda peroleh!

Mod PembelajaranGanjaran Setiap Pendaftaran
1-2 Pelajar3-5 Pelajar> 5 Pelajar
Dalam TalianRM300RM500RM700
KonvensionalRM500RM800RM1,000

Hantar Rujukan Anda SEKARANG!

Sedia untuk merujuk seorang pelajar? Isi borang di bawah.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Terma dan Syarat

  1. Kelayakan:
    • Penyertaan Student-Get-Student Programme terbuka kepada pelajat UNITAR terkini dan alumni (Kampus Utama, Kolej, Pusat Wilayah).
    • Program ini terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia dan antarabangsa.
  1. Cara Penyertaan:
    • Perujuk mesti melengkapkan Borang Student-Get-Student (sini) untuk menyertai program ini.
    • Maklumat peribadi yang dikumpul daripada perujuk akan digunakan untuk pemprosesan pembayaran setelah pelajar baru (orang yang dirujuk) berjaya mendaftar dan membuat bayaran yuran kepada Universiti Antarabangsa UNITAR, Kolej UNITAR atau KLMUC.
  1. Penyertaan Ahli Keluarga:
    • Jika merujuk ahli keluarga, perujuk boleh memilih antara Program Rujukan Pelajar atau Anugerah Kesetiaan Keluarga, tetapi hanya satu pilihan yang boleh dipilih.
  1. Syarat Rujukan:
    • Orang yang dirujuk TIDAK boleh:
      • Mempunyai rekod yang sedia ada dalam pangkalan data UNITAR.
      • Pernah berinteraksi (contohnya, E-Kaunseling, Lawatan) dengan Kaunselor Pendidikan UNITAR dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
  1. Pengecualian:
    • Pelajar yang mempunyai rekod dalam sistem UNITAR tetapi pada awalnya mendaftar dengan institusi lain masih layak sebagai orang yang dirujuk jika mereka kembali ke UNITAR disebabkan oleh rujukan rakan.
      • Contoh: Pelajar A telah menerima kaunseling dari UNITAR tetapi memilih institusi lain untuk pengambilan bulan Januari. Dua minggu kemudian, Pelajar A kembali ke UNITAR disebabkan oleh rujukan rakannya.
      • Bukti pendaftaran terdahulu di institusi lain diperlukan (contohnya, resit pembayaran, surat tawaran).
  1. Persetujuan Data:
    • Orang yang dirujuk mesti dimaklumkan dan mesti memberi persetujuan untuk data peribadi mereka dikongsi dengan UNITAR bagi program ini.

  1. Kelayakan Perujuk:
    • Setiap orang yang dirujuk hanya boleh dirujuk ke UNITAR sekali sahaja. Jika seseorang dirujuk lebih daripada sekali, hanya orang pertama yang merujuk mereka akan layak menerima ganjaran.
  1. Syarat Bayaran Kepada Perujuk:
    • Perujuk hanya akan layak menerima ganjaran jika orang yang dirujuk berjaya mendaftar dengan Universiti Antarabangsa UNITAR, Kolej UNITAR, atau KLMUC.
  1. Waktu Bayaran Perujuk:
    • Pembayaran akan dibuat kepada perujuk dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh rasmi terakhir semester pertama, dengan syarat pelajar tersebut kekal mendaftar dan tiada bayaran tertunggak.
  1. Dokumen Wajib Bagi Perujuk:
    • Penyerahan Permohonan SGS
    • Salinan IC (perujuk dan pemohon)
    • Bukti rujukan
    • Bukti aktiviti penglibatan dari pangkalan data UNITAR (disediakan oleh Kaunselor Pendidikan UNITAR).
  1. Tarikh akhir menghantar butiran orang yang di rujuk:
    • Borang SGS mesti dihantar sebelum pendaftaran pelajar dan tidak lewat dari tempoh pendaftaran lewat bagi pengambilan tersebut. Penghantaran lewat tidak akan dilayan.
  1. Kuasa Perujuk:
    • Perujuk tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan atau menjamin tempat di UNITAR. Hanya UNITAR yang berhak membuat tawaran kepada pelajar baru.

  1. Hak Pihak Universiti:
    • UNITAR mungkin menggantung penyertaan jika:
      • Perujuk didapati memberikan maklumat yang salah.
      • Terdapat sebarang penipuan atau maklumat palsu yang diberikan.
      • Perujuk didapati mendekati pelajar secara tidak sah semasa acara atau pameran UNITAR.
  1. Sekatan Program:
    • Alumni dan staf UNITAR tidak layak untuk dirujuk.

       
  1. Pembatalan Penyertaan:
    • UNITAR mungkin menggantung penyertaan jika:
      • Perujuk didapati memberikan maklumat yang salah.
      • Terdapat sebarang penipuan atau maklumat palsu yang diberikan.
      • Perujuk didapati mendekati pelajar secara tidak sah semasa acara atau pameran UNITAR.
  1. Penangguhan Pembayaran:
    • UNITAR berhak untuk menahan pembayaran jika pelajar yang baru mendaftar menarik diri daripada program tersebut dalam semester pertama.
  1. Komunikasi:
    • UNITAR berhak untuk menghubungi pelajar yang baru mendaftar secara langsung bagi mengesahkan butiran yang dikemukakan dalam borang permohonan.
Refresh_font_awesome

Download Brochure

This field is hidden when viewing the form
This field is for validation purposes and should be left unchanged.