Syarat Kemasukan Program
- Ijazah Sarjana dalam Perniagaan [Tahap 7, Rangka Kerja Kelayakan Malaysia (MQF)] atau dalam disiplin lain yang berkaitan dan diiktiraf oleh Senat Universiti; ATAU
- Ijazah Sarjana (Tahap 7, MQF) dalam bidang bukan berkaitan seperti yang diterima oleh Senat PPT, tertakluk kepada pengalaman kerja yang berkaitan dan penilaian dalaman yang ketat; ATAU
- Ijazah Sarjana (Tahap 7, MQF) dalam bidang yang tidak berkaitan seperti yang diterima oleh Senat PPT dan tanpa pengalaman kerja yang berkaitan, tertakluk kepada lulus kursus prasyarat; ATAU
- Kelayakan lain yang setaraf dengan ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
- Calon yang mempunyai lulusan Ijazah Sarjana Muda yang cemerlang (Tahap 6, MQF) untuk kemasukan terus ke program Ijazah Kedoktoran secara Penyelidikan (Tahap 8, MQF) dengan syarat berikut:
Calon mempunyai ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau kelayakan yang setaraf; ATAU - Calon telah memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 3.67 atau setara daripada sama ada program akademik atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); DAN
- Dinilai melalui penilaian dalaman yang ketat oleh UNITAR; DAN
- Diluluskan oleh Senat UNITAR dan diterima sebagai calon untuk program Ijazah Kedoktoran (Tahap 8, MQF). Pelajar mesti menunjukkan kemajuan yang sesuai semasa tempoh pencalonan.
DAN
Cadangan kira-kira 500 perkataan dalam bahasa Inggeris mesti dikemukakan bersama-sama dengan semua dokumen berkaitan yang diperlukan untuk kemasukan ke Universiti pada hari pendaftaran.
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS
Pelajar Antarabangsa
- Skor minima 6.5 dalam IELTS ATAU
- Skor minima 600 dalam TOEFL ATAU setaraf dengannya
Pelajar Tempatan
- Kredit dalam Bahasa Inggeris SPM ATAU
- Lulus peperiksaan lisan dalaman, dengan gred minimum C