Syarat Kemasukan Program
- Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran, atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus dalam STAM dengan gred minimum Jayyid atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Matrikulasi / Asasi / Pra-Universiti dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Diploma (Tahap 4, MQF) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/ Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dalam bidang berkaitan tertakluk kepada kelulusan Senat*; ATAU - Lulus DKM/ DLKM/ DVM dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 DAN mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan tertakluk kepada kelulusan Senat UNITAR; ATAU
- Mana-mana kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
DAN
- Lulus temu duga ATAU penyerahan portfolio pelajar yang ditentukan oleh PPT
*HEP untuk menjalankan saringan dan menyediakan kursus penyambungan khusus kepada disiplin program
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS
Pelajar Antarabangsa
- Skor minima 5.0 untuk IELTS ATAU
- MUET Band 3 ATAU setaraf dengannya.
Pelajar Tempatan
- Dikecualikan dari kursus Bahasa Inggeris Universiti:
- Lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Inggeris SPM / SPMV
- MUET Band 4, 5 dan 6
- Lulus kursus Bahasa Inggeris di institusi terdahulu.
- Perlu mengambil kursus persediaan Bahasa Inggeris 2:
- Kredit dalam Bahasa Inggeris SPM / SPMV
- MUET Band 1, 2 dan 3
- Perlu mengambil kursus persediaan Bahasa Inggeris 1 dan 2:
- Tiada kredit dalam Bahasa Inggeris SPM / SPMV